Entri hari ini kami bawakan resipi pai ayam bersama puff pastry yang sangat sedap jika makan panas-panas. Pai ini boleh dimasak menggunakan periuk sahaja.
Selain itu, resipi ini sesuai untuk makan malam sambil bersantai-santai bersama keluarga yang tersayang.
Kerak yang rangup serta inti yang padat, pasti akan buat anda terliur!
Jom baca resipi perkongsian menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cara ‘Pekat’, Makan Tak Ingat Dunia!
RESIPI PAI AYAM DENGAN PUFF PASTRY
Bahan-bahan:
- 4 keping dada ayam
- Campuran: garam, lada hitam, paprika, serbuk bawang, serbuk bawang putih, rosemary/thyme kering
- Minyak zaitun spray
- 1 tin Campbell’s Cream of Chicken
- Susu segar
- Sayur campur beku
- Puff pastry
- 1 biji telur kuning (untuk sapuan)
Cara-cara:
1. Lumurkan dada ayam dengan campuran rempah, kemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 12 minit. Carik-carikkan ayam yang telah masak.
2. Satukan ayam carik, Campbell’s Cream of Chicken, susu, sayur campur, garam, dan lada hitam dalam mangkuk. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
3. Preheat microwave oven pada suhu 180°C.
4. Tuang bancuhan ayam dan sayur ke dalam bekas pilihan. Tutup dengan puff pastry dan sapu dengan kuning telur.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 40-50 minit atau sehingga puff pastry menjadi kuning keemasan.
Sumber: Nur Aisyah
Baca juga: Ayam Tumis Thai Paling Cepat, Ramai ‘Repeat’ Sebab Sedap Lain Macam