resipi nasi tomato

Biasa masak nasi tomato? Kali ini apa jom cuba masak resipi nasi tomato versi kukus. Nasi menjadi elok, tak keras dan tak lembik.

Bila masak nasi cara kukus, nasi juga akan lambat basi. Kalau masak pagi, boleh tahan sampai malam atau esok pagi!

Sebut saja nasi tomato, memang wajib ada ayam masak merah dan jelatah timun. Ikut cara-cara membuatnya di bawah. Selamat mencuba!

Resipi Nasi Tomato Versi Kukus

Bahan-bahan nasi tomato kukus:

  • Pengukus
  • 3 cawan beras / basmathi
  • 1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah, 2 cm halia (tumbuk)
  • 2 sdm minyak sapi @ marjerin
  • Rempah 4 sekawan
  • ½ tin tomato pure
  • 2 sdm gula
  • 1 sdt garam
  • Secubit ajinamoto
  • ⅓ susu cair
  • 2½ cawan air
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Basuh bersih beras dan toskan. Kalau guna beras basmathi, rendam selama 30 minit, basuh dan toskan.

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan 4 sekawan sehingga naik bau. Masukkan bahan-bahan lain, tuggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus.

3. Kukus selama 15 minit. Buka penutup dan gempur nasi. Sambung kukus sehingga nasi masak.

Bahan-bahan ayam masak merah:

  • 1 ekor ayam
  • 3 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 ruas lengkuas, 1 ruas halia, 2 batang serai (kisar halus)
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • ½ tin tomato pure
  • 1 batang carrot (kisar halus bersama air)
  • 2 sdm sos tomato
  • 1 sdm sos cili
  • 4 sdm gula perang
  • 1 sdt garam
  • ½ sdt secukup rasa
  • ⅓ susu cair
  • Minyak menumis
  • Daun pandan
  • 2 labu bawang besar potong bulat
  • Daun bawang jika suka

Cara-cara:

1. Bersihkan ayam, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng ayam jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.

2. Tumis bahan kisar serta 4 sekawan dan daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar, tomato pure, sos tomato, sos cili dan masak sampai pecah minyak.

4. Kemudian, masukkan carrot kisar dan ayam yang digoreng tadi. Tambah 1 cawan air jika terlalu kering.

5. Renehkan sekejap, kemudian masukkan susu cair dan perasa-perasa lain. Masak lagi sampai pecah minyak.

6. Masukkan bawang besar dan daun bawang. Siap!

Bahan-bahan jelatah timun:

  • 1 batang timun (potong ikut citarasa)
  • 1 batang carrot (potong ikut citarasa)
  • 1 labu bawang besar (potong ikut citarasa)
  • 1 biji cili merah (potong ikut citarasa)
  • 1 sdm gula
  • 2 cubit garam
  • 1 sdm sos cili
  • 1 sdm cuka

Cara-cara:

1. Campur semua dan gaul sebati.

2. Boleh tambah cili padi jika suka pedas.

Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN