nasi kari kambing

Saya kalau nak cepat siap masak memang nasi kari kambing ni la pilihannya. Mudah sangat! Kalau ada tetamu pun boleh hidang ni. Penyediaan yang senang & cepat.

Itu la kata-kata yang diungkap oleh Sheena Rashid Kamsiran untuk resipi kali ini. Menu ini hanya menggunakan makanan dalam tin dan yang paling penting ia mudah untuk dijumpai.

nasi kari kambing

Resipi Nasi Kari Kambing / Daging

Bahan-bahan:

  • 2 tin kari kambing jenama Adabi yang sedap (tapi susah nak cari kat market)
  • Butter
  • Rempah 3 sekawan
  • Bawang besar/merah
  • Daun pandan
  • Tomato
  • Carrot
  • Cili merah  besar
  • Cili padi *optional
  • Beras 4 cup/pot
  • Perasa

Cara memasak:

  1. Cuci beras. Letak carrot, tomato & cili merah besar yang dah siap dipotong dan dibersihkan di beras. Letak cili padi sekali kalau ada. Letak tepi dulu.
  2. Cairkan butter. Tumis bawang, rempah 3 sekawan dan daun pandan.nasi kari kambing
  3. Dah nampak layu bawang dan naik bau, masukkan tin kari daging/kambing tu. Saya tambah air sikit dan bahan perasa sikit supaya balance rasa masin dan manisnya.
  4. Cara saya nak sukatan tu tepat, saya tinggalkan kuah tu. Masukkan ayam, kentang dan bawang dulu. Then baru saya sukat ikut cup. Kuah tu saya dapat 2 1/2 cup. So lagi 2 1/2 cup pakai air masak, masukkan dalam periuk. So total 5 cup.nasi kari kambing
  5. Tekan la cook dan tunggu nasi masak. Sementara tunggu masak tu, rebus telur.
  6. Siap! Boleh dihidang.

Rasa tak perlu buat kuah sup sebab nasi tu lembab dan wangi sangat. Hidang dengan telur rebus, tomato, timun dan sambal belacan pun memang layan. Sedap betul. Makan sampai dua pinggan.

Kalau malas nak tumis-tumis, skip pun boleh. Terus masuk beras, kari tu letak 1-2 sudu butter supaya wangi dan sukat air. Settle!

Mudah sangat resipi ni, lagi-lagi kalau ada tetamu datang mengejut. Tak perlu kelam-kabut hanya tumis dan siap.

Baca juga:

Cara Masak ‘Kari Ayam Versi Nepal’ Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak

Cara Masak Ayam Goreng Kari, Sedap Dia Tak Boleh Bawa Bincang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN