Nasi goreng cili padi merupakan salah satu nasi goreng yang digemari ramai. Lebih-lebih lagi buat penggemar pedas, lagi pedas lagi padu rasanya! Cara membuatnya juga ringkas tapi rasanya sangat membuka selera.
Jika ada lebihan nasi putih yang tak tahu nak masak apa, jom buat nasi goreng yang mudah dan sedap ini. Sesuai dimakan tak kira siang atau malam.
Buat peminat pedas, boleh ubaisuai kuantiti cili mengikut tahap kepedasan yang disukai. Jika tak suka pedas, boleh kurangkan cili.
Baca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman
1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi hijau, lada hijau, ikan bilis dan belacan. Nak tumbuk guna lesung batu pun boleh.
2. Tumis bahan kisar tadi sampai garing.
3. Kemudian masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.
4. Seterusnya, kecilkan api dan pecahkan telur ke atas bahan tumisan tadi. Ratakan telur secara perlahan-lahan.
5. Masukkan nasi, gaul rata sehingga sedikit berwap.
6. Siap, selamat mencuba!
Kredit: Har Ryea
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…