PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-27 07:04:43

Selalunya bila pergi menjamu Nasi Ayam di restoran, pastinya para ibu kadang-kadang terfikir bagaimana caranya untuk membuat Nasi Ayam seenak di restoran itu. Baunya yang harum cukup membuat perut kita berkeroncong dan tidak sabar untuk menjamahnya. Jangan risau, ini dia resipi Nasi Ayam Thai yang sudah semestinya akan memuaskan hati para ibu kerana keenakannya sama seperti di restoran. Ikuti resipi yang dikongsikan oleh Resepi Mudah menerusi Facebooknya.


Kredit: Resepi Mudah
 

Penyediaan Sup

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Akar daun sup atau daun ketumbar
  • Halia
  • Kiub pati Ayam Knoor
     

Cara-caranya:

  1. Masukkan ayam bersama akar daun sup atau daun ketumbar dan halia. Kemudian, rebuskan sehingga ianya mendidih. Selepas mendidih, masukkan perasa kiub pati Ayam Knoor.


    Kredit: Resepi Mudah
     

  2. Apabila air sudah mendidih, angkat ayam yang telah di rebus tadi dan ketepikan seketika.
     
  3. Kemudian, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan kembali ayam tersebut ke dlm periuk nasi. Tunggu sehingga nasi tersebut masak bersama ayam.


    Kredit: Resepi Mudah

 

Penyediaan Sos

Bahan-bahan:

  • Sos Cili Thai jenama Maggi
  • 1 sudu kicap pekat
  • Air perahan limau nipis
  • Sedikit air
  • Cili merah kecil secukupnya

Cara-caranya:

  1. Masakkan kesemua bahan dan masukkan sedikit air jika ingin mecairkannya. Kemudian, masukkan potongan cili merah kecil dan gaulkan sehingga sebati.

 

Siap! Boleh dihidang untuk makan tengahari. Pasti anak-anak dan suami pun akan sukakan hidangan ini. Selamat mencuba!


Kredit: Resepi Mudah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN