thermo pot

Thermo pot antara barang elektrik yang selalu ada di rumah. Senang bila nak guna air panas terutama kalau rumah tiada penapis air yang canggih tu.

Baca juga: Cara Kilatkan Dapur Seperti Baru, Lelaki Kongsi Guna 3 BAHAN Ini

Tapi masalah biasa guna thermo pot ini adalah ia meninggalkan kesan kuning di bahagian dalam. Cuci dengan sabun pun tak hilang.

Sebenarnya untuk bersihkan kesan kuning ini sebenarnya tak susah malah cara ini sudah ada dalam manual sesetengah jenama. Cuma guna limau kasturi saja.

Ikuti tip yang dikongsikan oleh Encik Jumali Jue-Eye di laman Facebook ini.


CARA BERSIHKAN THERMO POT

thermo pot

1. Penuhkan air dalam pot.

2. Ambil lebih kurang 10 biji limau kasturi, potong dan perah jusnya dalam pot.

3. Biarkan limau dan air tadi masak dalam bekas tersebut.

4. Kesan kuning akan hilang tanpa perlu gosok.

5. Boleh guna macam biasa selepas buang air limau tadi. Ini hasilnya.


Tip Penjagaan:

  • Sentiasa periksa balang thermo pot supaya kesan kuning tidak melekat hingga sukar dihilangkan.
  • Pastikan air sentiasa penuh dan tutup suis alat ini jika meninggalkan rumah dalam masa yang lama supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • Nak beli bukan murah, jadi kena lah jaga perkakas kayangan ini dengan sebaiknya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara BETUL Petik Cili Supaya Tahan Lama Dan Cepat Berbuah Semula

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN