Categories: Resipi

Resipi Mudah Ikan Siakap 3 Rasa Ala Kedai Thai, Rasa Sebijik Sama!

Setiap kali ke kedai masakan Thai, wajib memesan ikan siakap 3 rasa sebagai juadah utama. Setiap kali itu juga, anak-anak makan sampai tinggal tulang. Itupun tetap tak puas sebab kadangkala dapat ikan yang kecil.

Kalau nak lagi puas hati, apa kata ibu-ibu jom buat sendiri ikan siakap 3 rasa ala Thai di rumah. Kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak dalam kuah, baru puas hati!

Jom lihat resipi hasil perkongsian oleh Liza Idris menerusi laman sosial Facebook. Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap 1 ekor
  • Serai 1 batang
  • Bawang besar potong dadu 1 biji
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 1 inci halia cincang halus
  • Cili merah 1 biji
  • 3 biji cili api
  • Timun 1/2 biji
  • Tomato 1 biji
  • Nenas 1 potong
  • 4 helai daun limau purut
  • Sedikit daun sup sebagai hiasan

Bahan sos:

  • Cili kering 3 sudu besar
  • Sos cili 3 sudu besar
  • Sos tomato 2 sudu besar
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan

Cara-cara penyediaan:

1. Lumur ikan dengan garam dulu, kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup.

2. Goreng ikan tu. Pastikan minyak panas betul-betul ye sebelum menggoreng.

3. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah.

4. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas. Masukkan juga serai dan 3 sudu cili kering. Biar sekejap je bagi cili kering tu masak.

5. Masukkan pula sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.

6. Masukkan 1 cawan air. Bila kuah dah pekat, letakkan sos ikan.

7. Campakkan daun limau purut. Benda ni la yang buat kuah semakin sedap.

8. Seterusnya, masukkan timun. Bila dah nak masak, baru masukkan tomato dan nenas.

9. Simbah ke ikan yang digoreng tadi. Siap!

Kredit: Liza Idris

Nasiha

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

14 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

15 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

16 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

16 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

16 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

17 hours ago