Muah Chee adalah sejenis makanan tradisional dari Malaysia dan Singapura yang juga terkenal di beberapa negara Asia Tenggara lain.
Manisan ini diperbuat dari tepung pulut yang dimasak. Kemudiannya disalut dengan campuran gula dan taburan kacang tanah yang ditumbuk halus.
Kombinasi tepung pulut yang kenyal dan kacang tanah yang ditumbuk halus menjadikan tekstur kuih ini sangat unik dan menarik.
Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa kuih muah chee ini, jom kita cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah.
Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!
Bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
1. Tumbuk kacang sehingga hancur dan tambah gula, gaul rata.
2. Campurkan tepung pulut bersama air dan minyak di dalam kuali non-stick. Gaul sebati.
3. Kemudian, baru hidupkan api dapur pada suhu paling kecil.
4. Kacau adunan di dalam kuali sehingga tepung masak dan likat. Masak tepung ni sangat melekat. Kalau nk mudah, boleh dikukus.
5. Setelah tepung pulut masak, letakkan doh di atas taburan kacang tumbuk.
6. Potong kecil menggunakan pisau, dan gaul bersama kacang.
7, Sedia dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Ayam Halia & Daun Bawang, Masakan Cina Yang Ringkas & Sihat
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…