Categories: Resipi

Cara Buat Mi Kari Yang Sedap ‘Meletup’, Tak Puas Hirup Kuah Sampai Licin!

Mi kari sentiasa menjadi kegemaran ramai tak kira masa. Yang paling penting dalam hidangan mi kari adalah kuahnya. Tapi kat kedai susah nak jumpa mi kari yang sedap sesuai dengan selera.

Cikgu Afy AL Habibi ada berkongsikan cara membuat kuah mi kari yang sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin katanya.

Buat sendiri baru puas hati, boleh sesuaikan rasa kuah mi kari mengikut selera-masing-masing.

Cara Buat Mi Kari Yang Sedap ‘Meletup’

Sediakan bahan kisar lain:

  • 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
  • Sehiris nipis halia
  • Dua hiris bulat nipis serai
  • 7 ekor udang kering

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan sehingga lumat. *sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti.

2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.

3. Untuk penyediaan campuran rempah:

  • 3 sudu besar rempah kari
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah

Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.

4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Tak perlu larutkan rempah kering tadi dengan air. Guna api paling perlahan sahaja.

5. Kacau sehingga terbit minyak supaya keluar aroma wangi rempah semasa ditumis.

6. Masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.

7. Masukkan perasa peringkat pertama: 1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.

Tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak dalam 7-8 minit.

8. Bila dah jadi lapisan berminyak macam ni sudah dikira pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)

9. Tutup semula periuk.

10. Selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.

11. Masukkan pula 3 cawan santan. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)

12. Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.

13. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.

14. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan; tauhu pok (dibelah 4), fishcake, fishball goreng.

15. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!

16. Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa:

  • Telur rebus
  • Fishball putih (dicelur seketika)
  • Fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
  • Tauhu (digoreng)
  • Kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
  • Taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
  • Limau kasturi
  • Cili merah
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago