resepi mee jawa daging

Kalau teringin hidangan berkuah pekat, manis berempah dan mengenyangkan, resepi mee jawa daging memang antara menu yang selalu buat ramai teringat-ingat.

Kuahnya yang kaya rasa hasil gabungan keledek, rempah kari dan air rebusan daging memang cukup “kick” bila dinikmati panas-panas.

Hidangan ini boleh diubah ikut selera sendiri. Kalau nak lebih pedas, lebih manis atau lebih pekat, semuanya boleh. Confirm licin satu periuk!

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Anti Gagal & Tak Putus, Tips ‘1 Sudu Cuka’ Ini Rahsia Sedap Luar Biasa!

RESEPI MEE JAWA DAGING

resepi mee jawa daging

Bahan utama:

  • Daging (direbus dan dihiris nipis, guna air rebusan simpan)
  • Keledek (direbus dan diblend)
  • Udang kering

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • Cili kisar
  • Serbuk kari daging
  • Gula melaka
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan agak garing.
  2. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak supaya kuah lebih harum dan pekat.
  3. Masukkan serbuk kari daging, kacau rata dan masak hingga rempah benar-benar masak.
  4. Tuangkan air rebusan daging sedikit demi sedikit supaya semua bahan tumisan sebati dengan kuah.
  5. Masukkan daging yang telah direbus dan hiris nipis, kacau sebati.
  6. Tambahkan gula melaka serta perasakan dengan garam dan perasa ikut citarasa.
  7. Akhir sekali, masukkan keledek yang telah direbus dan diblend. Kacau hingga kuah menjadi pekat dan berkrim. Boleh tambah air jika mahu kuah lebih cair.
  8. Biarkan mendidih seketika dan rasa semula supaya cukup lemak, manis dan pedas.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resipi Mi Celup Thai Viral, Kuah Pekat & Penuh Rasa…Memang Senang Buat Di Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN