
Seorang pengguna laman sosial bernama Ummu Uwais berkongsikan satu menu ayam yang dipelajari semasa belajar di Jordan. Dia suka resipi ini kerana sangat sedap dan ‘effortless’ untuk dibuat.
Menariknya, resipi ini menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati di dapur rumah sahaja. Walaupun cara penyediaannya nampak ringkas, gabungan rasa masam daripada cuka, manis daripada gula dan aroma serai menjadikan hidangan ini cukup menyelerakan.
Bagi sesiapa yang sentiasa mencari menu cepat untuk hidangan harian, resipi ayam ini memang sesuai dicuba. Tak perlu teknik memasak yang rumit, hanya gaul semua bahan dan biarkan ia dimasak sehingga sebati. Hasilnya tetap membuka selera untuk dimakan bersama nasi panas.
Baca juga: Ayam Masak Merah Kelantan, Resipi Kuah Likat Berkilat Macam Kenduri Kampung Dulu-Dulu
RESIPI MENU AYAM ALA JORDAN

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong kecil)
- 2 batang serai (ditumbuk)
- 4 sudu besar gula
- 2 cawan cuka
- Garam secukupnya
- 2 biji cili padi merah (ikut tahap pedas, boleh tambah)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan ayam ke dalam mangkuk besar atau terus ke dalam periuk pressure cooker.
- Tambahkan serai yang telah ditumbuk, gula, cuka, garam dan cili padi.
- Gaul semua bahan hingga sebati dan ayam bersalut rata dengan bahan.
- Masak menggunakan pressure cooker selama lebih kurang 12 minit.
- Setelah siap, gaulkan ayam bersama kuah yang sedikit pekat dan bahagian yang ‘hangit-hangit’ hasil daripada gula dan cuka. Inilah yang bagi rasa lebih sedap!
- Jika tiada pressure cooker, boleh juga masak menggunakan kuali non-stick. Masak dengan api sederhana dan balikkan ayam sekali-sekala supaya tidak hangus dan masak sekata.
Sumber: Ummu Uwais
Baca juga: Resipi Ayam Sos Black Pepper Yang Berkuah Pekat & Pedas, Terus Jadi Kegemaran Keluarga!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














