Setiap kali mencari idea untuk lauk tengah hari atau malam, ramai tertarik dengan cara masak Ayam Kicap yang sedap. Jadi, kami kongsikan resipi berbaloi ini untuk anda cuba di rumah.
Ayam Kicap adalah hidangan popular dengan gabungan rasa manis, masin dan sedikit pedas yang menyelerakan. Tak kiralah di kedai nasi campur mana pun, pasti ada menu ini.
Jika anda mencari hidangan sedap dan berbaloi untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan, boleh cuba resipi Ayam Kicap yang dikongsikan oleh Nurul Hawa di Facebook ini.
Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap Berempah, Biasa Jumpa Lauk Ini Di Kenduri Je
Bahan-bahan:
Bahan-bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, perap ayam dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng.
2. Selepas itu, goreng ayam sampai garing.
3. Kemudian, masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi.
4. Seterusnya, masukkan bahan kisar (jika nak masak kicap sedap dan beraroma, kena masukkan jintan manis).
5. Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar, kemudian tumis sampai pecah minyak.
6. Setelah itu, masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC.
7. Akhir sekali, kacau sampai likat dan sedikit kering, kemudian perasakan secukupnya. Siap untuk dihidang!
Jika nak makan lauk yang mudah tapi penuh rasa, bolehlah buat resipi Ayam Kicap ini. Dengan kuah pekat likat, hidangan ini pasti akan buat keluarga anda terliur.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Hawa
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…