Jom buat sendiri resipi makanan basah kucing menggunakan empat bahan saja. Kos pun tidak sampai RM15. Mesti kadang-kadang anda pelik, apa tuan dia bagi makan sampai boleh gemuk gebu macam itu?
Inilah rahsia yang dikongsi oleh Rozita Manan tentang bagaimana untuk menyediakan resipi homemade wetfood yang bagus untuk si bulus. Paling penting tanpa bahan pengawet, garam dan pewarna.
Baca juga: “Menangis dia dapat makanan” – Si Bulus Mengalir Air Mata Undang Netizen Sebak
Mari kita lihat apa sebenarnya ‘bahan rahsia’ yang boleh dilakukan oleh pemilik kucing untuk menyediakan makanan basah homemade untuk si bulus mereka.
Memang banyak JIMAT bila buat sendiri makanan kegemaran anak bulus. Dapat banyak dah tahan berminggu-minggu. Bahan pun senang dan sangat mudah nak buat.
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat wet food kucing:
1. Bersihkan ikan dan rebus dalam periuk sehingga masak.
2. Asingkan isi ikan dari tulang. Kalau guna ikan lebih kecil..boleh blender sekali tulang dan tapis.
3. Kisar isi ikan tadi dengan carrot menggunakan air rebusan ikan sehingga hancur atau separuh hancur.
4. Bila sudah hancur, tuangkan isi tadi ke dalam lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.
5. Masukkan separuh sahaja agar-agar tadi. Separuh lagi boleh simpan untuk minggu hadapan. 1/2 agar-agar = 1kg ikan/ayam.
6. Masak agar-agar tadi sehingga hancur. Dah hancur boleh tutup api.
7. Tuang isi agar-agar tadi dalam bekas. Tunggu suam-suam kuku kucing.
8. Agak-agak dah suam-suam kuku kucing, bolehlah letakkan sedikit vitamin kucing. Sukatan 0.5ml.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozita Manan
Baca juga: Baru Tinggal Roti Canai Sekejap Atas Meja, Si Bulus ‘Ngap’ Berjemaah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…