Categories: Resipi

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta berkeju biasa. Penggunaan air kisaran kelapa parut sebagai pengganti susu memberikan sentuhan berbeza pada resipi ini.

Bagi yang mengamalkan pemakanan bebas gluten, resipi ini boleh disesuaikan dengan menggunakan makaroni berlabel bebas gluten. Gabungan keju cheddar dan rempah pula memberikan rasa yang lebih kaya dan aroma yang menyelerakan.

Hidangan ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Anda juga boleh mengubah suai jumlah keju dan rempah mengikut cita rasa sendiri untuk mendapatkan rasa yang lebih menepati selera.

Baca juga: Macaroni Carbonara Paling Laris, Resipi Untuk 46 Orang Ini Confirm Licin Sampai Titisan Terakhir

RESIPI MAC AND CHEESE

Bahan-bahan:

  • Makaroni secukupnya
  • 1/2 biji bawang Holland, dicincang
  • 5 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 cawan air kisaran kelapa parut
  • Keju cheddar secukupnya, disarankan menggunakan keju blok
  • 1 sudu besar serbuk paprika
  • Mixed herbs secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Mentega secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rebus makaroni hingga empuk. Toskan airnya dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam kuali. Masukkan bawang Holland dan bawang putih, kemudian tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan air kisaran kelapa parut dan kacau sebati bersama bahan tumisan.
  4. Masukkan keju cheddar, sebaik-baiknya keju blok yang telah diparut. Kacau hingga keju cair dan sebati dengan kuah.
  5. Tambahkan serbuk paprika, mixed herbs, garam dan perasa secukupnya. Gaul rata supaya semua bahan sebati.
  6. Masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul hingga makaroni bersalut rata dengan kuah keju.
  7. Setelah siap, tutup api dan hidangkan mac and cheese mengikut cita rasa. Selamat mencuba!

Sumber: Threads @nina.salleh

Baca juga: Resepi Macaroni Cheese, Bahan Rahsia ‘Ini’ Buat Orang Makan Sampai Licin

Izzati

Recent Posts

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

1 hour ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

3 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

4 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

4 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

4 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

5 hours ago