Categories: Resipi

Lempeng Pisang Simple Tapi Mengenyangkan, Ini Cara Bancuh Adunan Paling Senang!

Resipi lempeng pisang sentiasa menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaannya yang ringkas serta bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang, lempeng pisang memang antara menu tradisional yang cepat siap dan mengenyangkan.

Kelebihan resipi lempeng pisang ini terletak pada teksturnya yang lembut di dalam, sedikit rangup di luar dan rasa manis semula jadi daripada pisang masak. Tak perlu guna bahan rumit atau teknik susah, sesuai juga untuk yang baru belajar memasak.

Selain sedap dimakan panas-panas, lempeng pisang juga sesuai dinikmati bersama teh panas atau kopi. Malah, resipi ini sering jadi kegemaran keluarga kerana boleh disesuaikan ikut cita rasa masing-masing.

Baca juga: Resipi Pisang Goreng Thai Rangup & Gerenti Jadi, Sekali Makan Tak Boleh Berhenti!

RESPI LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang masak (ditos & dilenyek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (ikut manis yang diingini)
  • Kelapa parut secukupnya (untuk inti)
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam mangkuk bersama tepung gandum, gula dan secubit garam. Gaul sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan yang tidak terlalu pekat.
  2. Masukkan kelapa parut ke dalam adunan sebagai inti. Gaul perlahan supaya kelapa tidak hancur dan sebati bersama adunan lempeng.
  3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak atau gunakan kuali tidak melekat bagi mengelakkan lempeng melekat semasa digoreng.
  4. Cedok satu senduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana sehingga permukaan lempeng mula berbuih dan bahagian bawah bertukar keperangan.
  5. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga kedua-dua belah masak sekata serta berwarna keemasan.
  6. Angkat dan ulangi proses sehingga adunan habis. Hidangkan lempeng pisang panas bersama teh atau kopi kegemaran.

Sumber: Cornelia Agatha

Baca juga: Resipi Pengat Pisang Tanpa Gula Melaka Tapi Tetap Sedap & Cukup Rasa Lemak Manis!

Wan N

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

10 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

12 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

12 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

12 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

14 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

16 hours ago