pisang goreng thai

Siapa yang tidak suka pisang goreng memang rugi. Kudapan ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Tapi, pernahkah anda rasa Pisang Goreng Thai yang sangat rangup, berbijan dan aromanya semerbak?

Rupa-rupanya, rahsia utama untuk mendapatkan tekstur yang ekstra garing dan bau yang sangat wangi adalah dengan menambahkan marjerin ke dalam adunan tepung. Jom kita semak resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Pengat Pisang Tanpa Gula Melaka Tapi Tetap Sedap & Cukup Rasa Lemak Manis!

RESEPI PISANG GORENG THAI

pisang goreng thai

Bahan-bahan:

  • 10 biji pisang (pilih yang sesuai untuk digoreng)
  • 10 sudu besar tepung beras
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 4 sudu besar gula pasir
  • ½ sudu kecil garam
  • 3 sudu besar bijan
  • 250 ml air
  • 1 sudu besar marjerin (dicairkan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan semua jenis tepung (beras, gandum, jagung), soda bikarbonat, serbuk penaik, gula dan garam ke dalam bekas besar. Gaul rata.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata supaya tidak berketul.
  3. Masukkan marjerin yang telah dicairkan. Marjerin inilah yang akan memberikan aroma “extra wangi” dan warna kuning keemasan yang cantik pada pisang anda.
  4. Masukkan bijan ke dalam adunan dan kacau supaya bijan tersebar sekata.
  5. Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas sehingga bertukar warna coklat keemasan dan nampak garing.
  6. Angkat, tuskan minyak dan nikmati ketika masih panas!

Sumber: Anis Ssa

Baca juga: Resipi Apam Pisang Kukus Yang Lembut Sampai Petang, Tak Pakai Mixer Pun Tetap Jadi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN