resepi pengat pisang

Resepi pengat pisang ini memang mudah sangat nak buat, tapi rasanya tetap sedap. Walaupun versi ini tak guna gula Melaka, manis semula jadi pisang dengan santan pekat dah cukup bagi yang suka pencuci mulut klasik.

Kadang-kadang teringin nak makan pengat tapi bahan penting habis, jangan risau. Resipi ini hanya perlu guna bahan yang selalu ada di dapur, jadi tak perlu susah keluar beli bahan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Apam Pisang Coklat Chip Guna Blender, Nak Hasil Gebu Gebas Ada Petuanya

RESEPI PENGAT PISANG TANPA GULA MELAKA

resepi pengat pisang

Bahan-bahan:

  • 10 biji pisang (pilih pisang emas atau pisang raja)
  • 1 kotak santan
  • ½ cawan sagu
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong pisang secara serong, setiap biji menjadi 3 atau 4 bahagian.
  2. Didihkan lebih kurang 1 liter air dalam periuk.
  3. Masukkan daun pandan untuk menambah aroma wangi.
  4. Masukkan sagu dan kacau perlahan sehingga sagu bertukar jernih.
  5. Tuangkan santan dan kacau perlahan supaya santan tidak berketul.
  6. Masukkan gula dan garam, kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan pisang dan masak sekejap sahaja supaya pisang tidak hancur atau terlebih masak.

Sumber: Yusma Mustafa

Baca juga: Resipi Apam Pisang Coklat Chip Guna Blender, Nak Hasil Gebu Gebas Ada Petuanya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN