Laksa Kuah Putih tidak asing lagi dalam kalangan orang Kelantan. Tapi buat orang ‘luar’ Kelantan pasti ada yang tidak pernah merasainya.
Kuahnya yang berwarna putih dan pekat, malah terasa lemak ikannya akan memikat hati sesiapa saja! Dimakan pula dengan ulaman dan sambal belacan.
Kalau ada yang teringin nak rasa, tak perlu pergi jauh ke Kelantan semata-mata untuk menikmatinya. Jom buat sendiri saja menerusi resipi hasil perkongsian daripada Roselinda Jd di bawah.
Baca juga: Rahsia Laksam Lembut Elok Bergulung, Kukus Guna Pinggan Plastik Je
1. Rebus ikan, letakkan juga garam dan asam keping. Selepas siap rebus, asingkan isi dan tulang ikan kemudian kisar bersama 2 cawan air rebusan ikan tadi. Tapiskan dan simpan airnya. Kisar tulang ikan menggunakan air rebusan yang disimpan tadi.
2. Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan lada hitam.
3. Dalam periuk, campurkan isi ikan, bahan kisar, santan, air, garam dan asam keping.
4. Masak dan sentiasa kacau sehingga mendidih perlahan dan kuah pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Dah siap laksa kuah lemak Kelantan. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa yang sudah direbus, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Baca juga: Cara Lembutkan Laksa Dengan Cepat, Rebus 10 Minit Je Tak Perlu Lama
1. Tumbuk semua bahan kecuali limau. Bila semua bahan dah lumat, perahkan limau.
Hiris halus semua ulam.
Kredit resipi dan gambar: Roselinda Jd
Baca juga: Buat Sendiri Nyonya Curry Laksa Di Rumah, Tak Sedar Makan Tambah Berpinggan-Pinggan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…