Jika ada lebihan kurma pada bulan Ramadan lepas, boleh cuba buat Kurma Almond London ini.
Caranya sangat mudah kerana tidak perlu dibakar menggunakan oven. Sedap pula tu!
Kalau hidang untuk tetamu yang datang beraya pasti ‘laku keras’. Siapa yang tak suka kurma pun dijamin akan suka bila makan.
Baca juga: Resipi Biskut Nutella Pods Mudah & Tak Perlu Bakar, Sedap & Jimat Masa!
1. Ambil buah kurma, buangkan biji.
2. Masukkan peanut butter ke dalam kurma. Lebih mudah guna piping bag, paip saja ke dalam kurma. Kemudian letakkan badam ‘seketul’ yang sudah disangai. Ulang langkah pada semua kurma.
3. Kemudian letakkan dalam paper cup. Susunkan dalam loyang. Ketepikan seketika sementara kita cairkan coklat pula.
4. Cairkan coklat menggunakan teknik double boiler bersama sedikit butter.
5. Kemudian tuangkan sedikit coklat ke atas kurma tadi. Nak lebih mudah, ambil kurma dan celup ke dalam coklat. Kemudian letak di dalam paper cup. Boleh pilih cara yang anda sukai.
6. Taburkan sedikit badan cincang yang sudah disangai.
7. Sejukkan sehingga coklat mengeras dan siap!
8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Melinda Siah
Baca juga: Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap ‘Crunchy’ & Tak Muak!
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…