Categories: Resipi

Resipi Kuih Topi Rangup Tapi Gebu, Sekali Gigit Teringat Zaman Lalu!

Resipi kuih topi atau nama modennya lebih dikenali sebagai kuih cucur adalah sejenis kuih tradisional yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Kuih ini sering menjadi pilihan sebagai kudapan di waktu pagi atau petang. Resipi ini sangat mudah untuk disediakan walaupun anda tidak berpengalaman membuat kuih.

Selain itu, resipi ini menggunakan sukatan untuk tujuan berniaga, jadi jika ingin membuat dalam kuantiti kecil anda boleh membahagikan bahan kepada separuh atau mengikut keperluan.

Apa lagi alasan anda? Mari kita lihat cara penyediaannya!

Baca lagi: Agar Agar Santan Pandan, Ini Petua Supaya Kepala Santan Tak Pecah Lemak

RESIPI KUIH TOPI

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum (disyorkan guna tepung cap Sauh)
  • 1kg gula
  • 1kg tepung beras
  • 1 sudu besar garam
  • 2500ml air

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Pastikan anda mencampur dengan baik sehingga tiada ketulan dalam adunan. Jika anda rajin, boleh gunakan pengisar untuk mendapatkan tekstur adunan yang lebih halus.

2. Setelah adunan sebati, tutup rapat bekas bancuhan supaya tidak dimasuki semut.

3. Biarkan adunan ini selama semalaman pada suhu bilik. Sebagai contoh, bancuh pada pukul 10 malam dan ia akan sedia untuk digoreng pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

4. Panaskan minyak dalam kuali bersaiz kecil (lebih kurang 8 inci). Gunakan satu senduk minyak untuk setiap kuih.

5. Dengan api sederhana, tuangkan bancuhan tepung ke dalam kuali.

6. Perhatikan apabila bahagian tepi mula menghasilkan corak seperti “lava putih.” Ini menandakan kuih telah masak di satu bahagian.

7. Balikkan kuih dengan berhati-hati dan goreng sehingga kedua-dua bahagian keperangan. Kuih yang siap akan kelihatan seperti topi kecil.

Tips Tambahan:

  • Bancuhan yang sempurna adalah kunci untuk mendapatkan kuih topi yang cantik dengan bahagian tepi yang rangup.
  • Jangan gunakan api terlalu besar untuk mengelakkan kuih hangus di luar tetapi tidak masak di dalam.

Sumber: Siti Qeesyara Salleh 

Baca lagi: Agar Agar Santan Gula Melaka, Resipi Tanpa Telur Ini Lebih Terasa Nikmatnya!

Aisha Qistina

Recent Posts

Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…

9 hours ago

Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Tangkap Leleh!

Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…

9 hours ago

Putu Belanda Terlajak Lembut, Wanita Ini Dapat Resipi Dari Kawan Indonesia

Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…

9 hours ago

Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…

12 hours ago

Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang

Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…

15 hours ago

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

1 day ago