Categories: Resipi

Ayam Rebus Mix Herbs, Resipi Tanpa Minyak Sesuai Untuk Diet!

Resepi ayam rebus mix herbs kini menjadi sebutan ramai. Hidangan ringkas ini mencuri perhatian dengan rasa yang lazat dan penyediaan yang mudah.

Kombinasi herba dan rempah ratus yang menyelerakan meresap ke dalam ayam yang empuk, menghasilkan hidangan yang bukan sahaja enak, malah berkhasiat.

Jika ada yang ingin mencubanya, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nurul Fariha di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Sedap Dari Biasa, Gerenti Hari-Hari Nak Buat!

RESEPI AYAM REBUS MIXED HERBS

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong ikut suka – boleh guna bahagian kepak, peha, atau dada)
  • Mixed herbs (secukup rasa)
  • Cili flakes (secukup rasa)
  • Paprika/cajun/serbuk cili (secukup rasa)
    Lada hitam (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Serbuk perasa
  • Air

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk.
  2. Tambahkan mixed herbs, cili flakes, paprika/cajun/serbuk cili, lada hitam, garam dan perasa. Gaul rata dan perap seketika supaya rempah meresap.
  3. Tuangkan air secukupnya sehingga ayam tenggelam.
  4. Masak ayam dengan api sederhana sehingga empuk dan air menjadi kuah yang agak pekat.
  5. Jika suka, masukkan bendi pada 5 minit terakhir supaya bendi masak tetapi masih rangup.
  6. Angkat dan hidangkan ayam rebus bersama kuah pekatnya.
  7. Tambahkan chili oil dan bendi sebagai pelengkap.

Kredit resipi dan gambar: Nurul Fariha

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Sedap Menjilat Jari, Warna Pun Cantik & Merah Elok!

Wan N

Recent Posts

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

51 minutes ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

2 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

3 hours ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

3 hours ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

3 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago