Categories: Resipi

Rahsia Kuetiau Goreng Lebih Sedap, Rupanya Tumis Tomato Sampai Layu Jadi Kunci Rasa Umami!

Kuetiau goreng merupakan antara hidangan yang sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi. Walaupun menggunakan bahan yang biasa didapati di dapur, ada satu teknik kecil yang boleh membuatkan rasanya lebih menarik, iaitu menumis tomato terlebih dahulu sehingga layu.

Rupanya, tomato mengandungi glutamat semula jadi yang menyumbang kepada rasa umami atau rasa lazat dalam masakan. Apabila ditumis, rasa semula jadi tomato ini membantu menambahkan kelazatan kuetiau goreng tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada bahan perasa tambahan.

Resipi ini juga tidak menggunakan cili, jadi rasanya lebih ringan dan sesuai untuk seisi keluarga. Jika gemarkan hidangan pedas, boleh tambahkan chili oil selepas kuetiau siap dimasak atau tumbuk cili bersama bawang putih ketika menumis.

Baca juga: Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

RESIPI KUETIAU GORENG TOMATO

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji tomato, dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 150g isi ayam, dipotong kecil
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan kubis, dihiris
  • 1 cawan sawi, dipotong
  • 2 biji telur
  • 400g kuetiau
  • 1–2 sudu besar kicap manis atau kicap masin

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan tomato, kemudian tumis sehingga tomato menjadi layu.
  2. Masukkan isi ayam dan garam. Gaul rata dan masak sehingga isi ayam betul-betul masak.
  3. Tambahkan sos tiram, kubis dan sawi. Kacau sehingga semua bahan sebati dan sayur sedikit layu.
  4. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Biarkan telur masak sedikit sebelum dikacau bersama bahan tumisan.
  5. Masukkan kuetiau dan kicap manis. Gaul perlahan sehingga semua bahan bercampur rata dan kuetiau bersalut dengan kicap.
  6. Setelah masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: Resipi kuetiau ini tidak pedas. Jika suka pedas, boleh tambahkan chili oil selepas masak atau tumbuk 2–3 biji cili bersama bawang putih sebelum menumis.

Sumber: Threads @adeebaeryna

Baca juga: Resipi Kuetiau Ladna Seafood, Ada Satu Langkah Penting Untuk Dapatkan Kuah Pekat Elok!

Izzati

Recent Posts

Resepi Kuih Lapis Sukatan Cawan, Lembut Berkilat Dan Cantik Berlapis Kejadiannya

Kuih lapis antara kuih tradisional yang ramai gemari kerana teksturnya yang lembut, kenyal dan berlemak…

1 hour ago

Resipi Cinnamon Roll Dengan Cheese Frosting, Bau Harum Kayu Manis Semerbak Satu Rumah!

Cinnamon roll merupakan sejenis roti manis yang terkenal dengan aroma kayu manis serta gulungan doh…

3 hours ago

Resepi Sayur Bayam Ala Banchan Korea Tanpa Perlu Ditumis, Wangi Semerbak Minyak Bijan!

Resepi sayur bayam ala banchan Korea ini merupakan hidangan sampingan yang sering melengkapkan sajian di…

21 hours ago

Cara Rebus Jantung Pisang Supaya Kekal Putih, Tak Hitam Dan Kurang Rasa Pahit

Jantung pisang merupakan antara ulam tradisional yang cukup digemari masyarakat kita. Selain sedap dimakan bersama…

21 hours ago

Resipi Wrap Ayam Homemade, Buat Sendiri Puas Hati Boleh Letak Inti Penuh-Penuh!

Resepi wrap ayam ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan hidangan ringkas tetapi tetap mengenyangkan. Intinya…

22 hours ago

Resipi Brownies Anti-Gagal, Ini Rahsia Permukaan Berkedut Cantik & Tak Mudah Terkoyak!

Resepi brownies kedut ini sesuai dicuba bagi yang suka brownies coklat dengan permukaan berkedut nipis,…

22 hours ago