Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat. Gabungan bahan-bahan yang pelbagai menjadikan hidangan lebih menyelerakan, terutama apabila kuah panas dicurahkan ke atas kuetiau.
Kalau selalu beli di kedai, apa kata kali ini cuba buat sendiri di rumah? Cara penyediaannya tidak rumit kerana bahan-bahan untuk kuah ladna boleh dimasak dalam satu kuali sahaja. Tak perlu banyak langkah untuk menghasilkan kuah yang pekat dan berperisa.
Paling menarik, kepekatan kuah boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Kalau suka kuah likat yang menyelaputi kuetiau, tambahkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang diinginkan. Jom cuba resipi kuetiau ladna seafood ini!
Baca juga: Rahsia Kuetiau Goreng Ala Kopitiam, Rupanya Cili Kisar Kena Tumis Sampai Garing Dulu!
KUEY TEOW LADNA RESEPI GUNA SEAFOOD

Bahan-bahan:
- Kuetiau secukupnya
- Udang secukupnya
- Sotong secukupnya
- Telur secukupnya
- Sawi secukupnya
- Bawang putih (dicincang)
- Air atau stok ayam secukupnya
- Sos tiram secukupnya
- Kicap cair secukupnya
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Tepung jagung secukupnya
- Air untuk membancuh tepung jagung
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan sotong, kemudian kacau seketika sehingga kedua-duanya mula berubah warna.
- Tuangkan air atau stok ayam ke dalam kuali. Masukkan sos tiram dan kicap cair, kemudian kacau supaya semua bahan sebati.
- Masukkan sawi dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa mengikut cita rasa.
- Bancuh tepung jagung dengan sedikit air sehingga larut. Tuangkan bancuhan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam kuah sambil dikacau sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
- Pecahkan telur ke dalam kuah dan kacau perlahan-lahan supaya telur berserabut dalam kuah.
- Biarkan kuah mendidih seketika sehingga semua bahan masak. Tutup api apabila kuah sudah mencapai tekstur yang diinginkan.
- Letakkan kuetiau di dalam pinggan, kemudian curahkan kuah seafood yang masih panas di atasnya. Kuetiau ladna seafood sedia untuk dinikmati!
Tip: Untuk mendapatkan kuah yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air atau stok ayam sehingga mencapai tekstur yang sesuai.
Sumber: Norsuzilawati Besah
Baca juga: Resipi Kuetiau Kantonis, Rasa Kuah Yang Pekat & Beraroma Jadi Lebih Puas Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

