resipi kuetiau

Kalau sebut resipi kuetiau goreng, memang ramai terus terbayang rasa smoky, kenyal kuetiau dan cukup rasa walaupun bahan simple. Resipi ni antara menu paling mudah nak buat bila lapar tiba-tiba atau tak ada idea nak masak apa di rumah.

Menariknya, kuetiau goreng tak semestinya kena letak seafood atau daging. Versi paling ringkas pun dah cukup sedap kalau kena cara tumisan dan cukup perisa. Lagi-lagi kalau makan panas-panas terus dari kuali, memang tak cukup sepinggan.

Resipi kali ini versi kosong tanpa udang, kerang atau ayam, tapi masih padu dengan rasa telur, cili dan kicap. Simple tapi memang kena dengan selera Malaysia.

Baca juga: Cara Masak Mi Bandung Kuah Pekat, Semua Yang Makan Puji Sedap Sampai Suruh Buka Kedai!

RESIPI KUETIAU GORENG KOSONG TANPA LAUK

resipi kuetiau

Bahan-bahan:

  • Kuetiau (secukupnya untuk 2–3 orang makan)
  • 2 biji telur
  • 1 ulas bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit kicap cair
  • Garam secukup rasa
  • Taugeh secukupnya
  • Daun kucai secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur hingga masak. Hancurkan kasar-kasar dan ketepikan.
  2. Kuetiau boleh dibasuh sekejap dan tos sehingga kering. Kalau tak nak basuh pun boleh, ikut keselesaan masing-masing.
  3. Gunakan minyak sama, tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga cili benar-benar masak dan pecah minyak sedikit.
  5. Tambahkan sos tiram, kicap pekat, sedikit kicap manis dan kicap cair. Gaul rata supaya semua bahan sebati.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau rata dan pastikan kuah tumisan cukup rasa.
  7. Masukkan kuetiau dan gaul hingga rata. Biarkan kuetiau menyerap semua rasa tumisan.
  8. Masukkan taugeh dan daun kucai, gaul sekejap supaya masih kekal rangup.
  9. Akhir sekali, masukkan telur yang sudah digoreng tadi. Gaul rata semua bahan hingga sekata.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin

Baca juga: Resipi Sos Bolognese Cara Ekspres & Jimat Poket, Tapi Kuah Tetap Pekat Likat & Umami!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN