Sebelum ini kalau asyik beli yang dah siap di pasaran, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri kiub pati ayam dirumah. Lebih sihat sebab tanpa bahan pengawet dan MSG yang tidak elok untuk kesihatan.
Jom ikuti resipi hasil perkongsian dari Dr. Mazliana Mazlan di bawah.
Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.
Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.
Bubur.
Nasi ayam.
Sup.
Mee hailam.
Nasi goreng.
1. Mula-mula kisarkan ayam, kemudian kluarkan ayam,
2. Kisar pula sayur. Kemudian masukkan semula ayam yang sudah dikisar tadi.
3. Bila dah siap kisar semuanya, masukkan bahan-bahan lain dan masak 25 minit. Kalau guna Thermomix, tak perlu tunggu depan perkakas tersebut, tinggal je.
4. Bila dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.
5. Kalau tiada Thermomix, boleh juga buat sendiri. Perlu kisar banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.
6. Boleh juga buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudah untuk kalian cuba dan guna nanti.
7. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.
8. Dah siap. Mudah sangat kan?
Kredit: Mazliana Mazlan
Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…