kerepek gunting

Kerepek gunting merupakan salah satu snek tradisional yang ada peminatnya tersendiri. Sesuai sangat dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya. 

Buat kudap-kudap lepas tarawih pun sedap juga. Tak tunggu raya confirm dah habis makan. Pening kepala mak-mak sebab kena buat yang lain untuk Hari Raya.

Kalau ada yang belajar nak buat, jom guna resipi yang dikongsi oleh Haniza Angah Ija di bawah. Menurutnya, ini merupakan resipi yang diperoleh dari ibu mertuanya.

Baca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup

Resipi Kerepek Gunting Sedap & Mudah

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 tangkai cili kering (*)
  • 2 sudu besar udang kering/udang kepal (*)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis (*)
  • 1/2 sudu kecil jintan putih (*)
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 120ml air – campurkan sikit-sikit masa menguli
  • Sedikit daun kari – guna masa menggoreng
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan (*) dan kisar kering hingga menjadi seperti serbuk.

2. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung.

3. Tambahkan garam dan minyak masak. Gaul rata.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan menjadi kenyal (adunan akan jadi macam doh karipap).

5. Buat doh-doh kecil untuk memudahkan proses mencanai.

6. Canai doh tadi menjadi nipis dan panjang. Tabur tepung supaya permukaan doh tidak berminyak dan melekat.

7. Potong nipis menggunakan pisau. Doh juga boleh digunting.

kerepek gunting

8. Tabur sedikit tepung supaya doh yang digunting tidak melekat.

9. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng bersama daun kari sehingga garing.

10. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

kerepek gunting

TIP RASA: Untuk kuih yang kekal rangup, pastikan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Haniza Angah Ija

Baca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN