Categories: Resipi

Resipi Kek Swiss Roll Madu Lembut & Gebu, Ini 5 Rahsia Supaya Tak Pecah Masa Gulung

Kek swiss roll madu memang nampak mudah untuk dibuat, tetapi bahagian menggulung kek selalunya buat ramai mula berdebar. Silap teknik, kek boleh retak atau terus pecah ketika digulung.

Sebenarnya, ada beberapa petua mudah yang boleh membantu mendapatkan kek swiss roll yang lembut, gebu dan lebih mudah dibentuk. Antaranya, putih telur tidak boleh dipukul terlalu lama dan kek perlu digulung ketika masih suam.

Paling penting, jangan bakar kek terlalu lama kerana permukaan yang terlalu garing akan membuatkan teksturnya keras dan mudah pecah. Bila dah tahu tekniknya, bolehlah cuba buat sendiri Honey Swiss Roll yang harum dengan aroma madu ini.

Baca juga: Resipi Kek Span Versi Bajet, Gebu Gebas & Lembut Elok Walaupun Guna Bahan Ringkas

RESIPI KEK SWISS ROLL MADU

Bahan-bahan:

  • 5 biji kuning telur gred A
  • 90gr tepung kek
  • 50gr gula pasir
  • Secubit garam
  • 50gr minyak jagung/minyak sayur( masak)
  • 50gr susu full cream
  • 1/2 sdt esen vanila
  • 5 biji putih telur
  • 70gr gula pasir
  • 1/2 sudu teh lemon jus/cuka

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan kuning telur, garam, dan 50g gula pasir, lalu pukul hingga kembang, berwarna pucat, dan pekat (bila mixer diangkat, adunan jatuh meninggalkan jejak beberapa saat).
  2. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur hingga berbuih kasar, masukkan jus lemon dan pukul lagi hingga buih bertukar halus.
  3. Masukkan 70g gula pasir secara berperingkat sebanyak 3 kali dan pukul adunan hingga mencapai tahap soft peak.
  4. Ambil sedikit meringue dan campurkan ke dalam adunan kuning telur, kemudian tuangkan semula ke dalam baki meringue dan gaul secara kaup balik sehingga sebati.
  5. Ayak tepung kek dan serbuk penaik ke dalam adunan, lalu gaul rata sehingga tiada tepung kelihatan.
  6. Dalam mangkuk kecil, campurkan minyak jagung, susu full cream, dan esen vanila. Ambil sedikit adunan kek, campurkan ke dalam mangkuk cecair tersebut, gaul rata, kemudian tuang semula ke dalam adunan kek utama dan gaul sebati secara kaup balik.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 29cm x 29cm yang dialas kertas baking, hentakkan loyang 2-3 kali untuk menyingkirkan buih angin besar, dan bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 30 minit (api atas bawah, rak tengah).
  8. Keluarkan kek dari oven, terus hentakkan loyang 2 kali, kemudian keluarkan kek dari loyang dengan segera dan buka kertas baking.
  9. Trimkan bahagian tepi kek, potong mengiring 45° pada hujung sebelah kiri, dan kelar ringan bahagian hujung kanan (tempat mula menggulung) dengan kedalaman lebih kurang 3mm tanpa memutuskannya.
  10. Sapukan madu atau jem secara rata, gulung kek rapat-rapat, ketatkan bungkusan kertas baking, dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

5 Petua Kek Tak Mudah Pecah Bila Digulung

1. Jangan over-beat putih telur.

Pukul sehingga stiff peak sahaja. Putih telur yang terlebih dipukul boleh menghasilkan tekstur kek yang lebih kering.

2. Sapu minyak nipis pada kertas baking

Langkah mudah ini membantu kek ditanggalkan daripada kertas tanpa melekat atau koyak.

3. Jangan bakar terlalu lama

Kek yang terlebih masak akan menjadi kering dan keras. Bila tekstur sudah keras, memang lebih mudah retak ketika digulung.

4. Gulung ketika kek masih suam

Ini antara langkah paling penting. Gulungkan kek bersama kertas baking ketika masih suam supaya bentuknya lebih mudah mengikut gulungan.

5. Pastikan filling tidak terlalu basah

Filling yang terlalu cair boleh menyebabkan kek mudah lembik dan susah untuk digulung dengan kemas. Gunakan filling yang mempunyai tekstur lebih pekat supaya kek kekal cantik.

Sumber: Facebook Apa Kau Rasa

Baca juga: Resipi Kek Marble Gebu & Lembut, Corak Cantik Berbelang Macam Beli Di Kedai Kek

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

1 day ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

1 day ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

1 day ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

1 day ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

1 day ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

1 day ago