Kalau sedang mencari resipi kek span yang mudah, gebu dan tak memerlukan banyak bahan, boleh cuba resipi kek span bajet ini. Bahan yang digunakan pun ringkas dan mudah ditemui di dapur.
Kek span ini sesuai dibuat untuk minum petang atau dijadikan kek asas untuk dihias mengikut kreativiti sendiri. Nak makan kosong pun sedap kerana teksturnya lembut dengan aroma esen rose yang wangi.
Menariknya, adunan kek ini hanya menggunakan dua biji telur dan dibakar dalam loyang 6 inci. Jadi, kalau nak cuba buat kek homemade dalam saiz kecil, resipi ini memang sesuai untuk dicuba.
Baca juga: Resipi Kek Yogurt Blueberry, Tekstur Lembut Macam Cheesecake & Tak Perlu Bakar Guna Oven
RESEPI KEK SPAN BAJET TAPI LEMBUT & GEBU GEBAS
Bahan-bahan:
- 90 gram tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 65 gram gula
- 1 sudu besar susu tepung
- 2 biji telur
- 1 sudu besar ovelette
- 1 sudu kecil esen rose
- 4 sudu besar minyak masak
- Pewarna makanan secukupnya, jika suka
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, baking powder, gula, susu tepung, telur, ovelette dan esen rose ke dalam mangkuk mixer.
- Pukul menggunakan kelajuan rendah terlebih dahulu sehingga semua bahan sebati. Kalau tiada mixer, bahan juga boleh dikacau secara manual sehingga sebati.
- Selepas itu, tingkatkan kelajuan mixer dan pukul sehingga adunan mengembang, gebu dan bertukar warna menjadi lebih cerah.
- Jika mahu kek berwarna, masukkan sedikit pewarna makanan mengikut warna pilihan dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan minyak masak dan kaup balik adunan menggunakan spatula sehingga minyak benar-benar sebati. Elakkan mengacau terlalu lama supaya adunan tidak kehilangan banyak udara.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah disediakan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama kira-kira 30 minit atau sehingga kek masak. Gunakan api atas dan bawah. - Untuk memastikan kek betul-betul masak, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih tanpa adunan melekat, kek sudah boleh dikeluarkan.
- Biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tip: Suhu dan tempoh membakar mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar. Jadi, perhatikan keadaan kek terutama pada minit-minit terakhir supaya kek tidak terlebih masak.
Sumber: Aidil Puteri
Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

