Categories: Resipi

Resipi Kek Coklat Moist Kunafa, Setiap Gigitan Ada Tekstur Lembut, Rangup & Topping ‘Leleh’

Ramai yang mungkin dah biasa buat kek coklat moist di rumah. Kali ini, apa kata cuba kelainan pula dengan kek coklat kunafa yang menggabungkan kek coklat lembut dengan lapisan kunafa rangup.

Resipi ini memang menarik sebab bukan saja ada rasa coklat yang ‘rich’, tetapi turut dilengkapkan dengan coklat ganache dan pes pistachio. Kunafa yang rangup pula memberikan tekstur yang unik dalam setiap suapan.

Kalau nak cuba sesuatu yang lain daripada kek coklat biasa, resipi ini boleh masuk dalam senarai untuk dibuat. Cara penyediaannya pun mudah dan sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga.

Baca juga: Resipi Kek Yogurt Blueberry, Tekstur Lembut Macam Cheesecake & Tak Perlu Bakar Guna Oven

RESIPI KEK COKLAT KUNAFA

Bahan A:

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ tin susu pekat

Bahan B:

  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C:

  • 3 biji telur saiz B

Bahan kunafa:

  • 250 gram kunafa
  • ¼ cawan mentega cair
  • 1-2 cawan pes pistachio

Bahan coklat ganache:

  • 100 gram coklat gelap
  • 200 gram coklat susu
  • 300 ml whipping cream
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati. Masak menggunakan kaedah double boiler sehingga gula larut. Angkat dan biarkan adunan sejuk.
  2. Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan coklat sambil dikacau hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan sebati.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu. Tuangkan adunan ke dalam bekas yang sesuai untuk mengukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kek masak. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Jika lidi keluar bersih, kek sudah masak.
  4. Untuk menyediakan kunafa, potong atau carikkan kunafa kepada bahagian kecil. Masukkan mentega cair dan gaul hingga rata. Letakkan dalam loyang dan bakar pada suhu 170°C selama kira-kira 30 minit. Balik-balikkan kunafa sesekali supaya masak sekata dan bertukar keperangan.
  5. Untuk coklat ganache, campurkan coklat gelap, coklat susu dan whipping cream. Masak menggunakan kaedah double boiler sehingga coklat cair. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan dan biarkan ganache sejuk serta sedikit pekat sebelum digunakan. Ganache sebaiknya dibuat lebih awal.
  6. Setelah kek sejuk sepenuhnya, ratakan kunafa yang telah garing di atas kek. Tuangkan chocolate ganache dan ratakan. Hias dengan pes pistachio dan taburkan coklat flakes mengikut cita rasa.
  7. Kek coklat kunafa siap untuk dinikmati. Gabungan kek coklat yang moist, kunafa rangup, ganache coklat dan pistachio memang sedap dan buat setiap suapan lebih menarik.

Sumber: Sofia Abdul Halil

Baca juga: Cara Buat Kek Brownies Paling ‘Malas’, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Gebu & Moist!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

10 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

12 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

13 hours ago