Categories: Resipi

Resipi Kek Batik Tanpa Telur, Tapi Tetap Lembut & Tak Keras Bila Digigit!

Kalau anda suka kek batik yang lembut tapi tak suka bau telur atau alahan dengannya, resipi kek batik ini memang wajib cuba buat di rumah!

Walaupun tanpa telur, teksturnya lembut, tak keras dan sesuai untuk semua peringkat umur. Bahan-bahannya mudah dan cara masak pun cepat.

Rahsia kek batik lembut ialah penggunaan susu segar dan susu pekat manis, yang menjadikan adunan berkrim dan mudah dicampur dengan biskut.

Kalau nak tahu resipi penuh, jom lihat cara penyediaan yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norshalieda Rozali di bawah.

Baca juga: Resipi Kek Chiffon Pandan Cara Orang Lama, Tanpa Guna Ovalette Pun Naik Gebu Elok!

RESIPI KEK BATIK LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus biskut marie 300g (dipatah-patahkan)
  • 4 sudu besar butter atau marjerin
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 3 sudu besar serbuk minuman coklat (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1 kotak kecil susu full cream 200ml (Kalau tiada susu, boleh ganti dengan air kosong tapi guna susu lebih sedap)
  • ½ cawan susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Cairkan butter dan susu pekat manis dalam periuk.
  2. Masukkan semua bahan lain kecuali biskut.
  3. Masak hingga semua bahan sebati dan tiada ketulan. Kalau ada ketul kecil, tekan saja dengan senduk.
  4. Teruskan masak hingga campuran menjadi pekat dan berkrim, kemudian padamkan api.
  5. Masukkan biskut yang telah dipatahkan dan gaul hingga rata.
  6. Tuang ke dalam loyang bersaiz 7 atau 8 inci yang telah dilapik plastik. Tekan mampat.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
  8. Untuk potongan yang kemas, potong sebaik sahaja dikeluarkan dari peti. Kek akan jadi lembut selepas beberapa minit pada suhu bilik.

Sumber: Norshalieda Rozali

Baca juga: Resipi Kek Lapis Neopolitan Yang Lembut & Cantik Dipandang, Makan Sekeping Tak Cukup!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

2 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

2 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

3 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

4 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

4 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

4 hours ago