Categories: Resipi

Resipi Batik Brownies, Sekali Buat Dapat 2 Pencuci Mulut Kegemaran Dalam Satu Loyang!

Kalau suka kek batik dan brownies, apa kata gabungkan kedua-duanya dalam satu pencuci mulut? Resipi kek batik brownies ini menghasilkan lapisan kek batik yang manis dan berlemak di tengah, dengan lapisan brownies coklat yang fudgy di bahagian atas dan bawah.

Resipi ini sebenarnya tercetus daripada idea untuk bereksperimen dengan gabungan kek batik dan brownies. Hasilnya pula menjadi elok, siap dengan permukaan brownies yang berkedut cantik. Tak perlu letak topping pun sudah nampak menyelerakan.

Kalau sedang cari idea kek yang lain daripada biasa, kek batik brownies ini memang boleh dicuba. Malah, kombinasi dua kek kegemaran ini juga boleh dijadikan idea untuk berniaga kerana rupanya menarik dan mudah dipotong kepada beberapa bahagian.

Baca juga: Resipi Kek Yogurt Blueberry, Tekstur Lembut Macam Cheesecake & Tak Perlu Bakar Guna Oven

RESIPI KEK BATIK BROWNIES

Bahan kek batik:

  • 1 paket biskut Marie
  • 125g mentega
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan serbuk koko
  • ½ cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan brownies:

  • 200g coklat masakan
  • 150g mentega
  • ¾ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan serbuk koko
  • Secubit garam

Bahan topping (jika suka):

  • Coklat cair
  • Kekacang
  • Coklat rice

Cara buat kek batik:

  1. Patahkan biskut Marie kepada kepingan sederhana dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil.
  3. Masukkan susu pekat manis, serbuk koko dan susu cair. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau dengan cepat supaya telur tidak berketul.
  5. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
  6. Tutup api, kemudian masukkan biskut Marie. Gaul sehingga semua biskut bersalut dengan adunan coklat.
  7. Tuangkan kek batik ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
  8. Tekan dan padatkan kek batik supaya mampat dan permukaannya rata.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga kek batik mengeras.

Cara buat brownies:

  1. Cairkan coklat masakan bersama mentega menggunakan kaedah double boiler atau secara berperingkat dalam ketuhar gelombang mikro. Kacau sehingga licin.
  2. Masukkan gula perang dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukkan esen vanila. Kacau sehingga adunan sebati.
  4. Ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam ke dalam adunan.
  5. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati. Elakkan mengacau terlalu lama supaya brownies kekal lembut dan fudgy.

Cara gabungkan kek batik dan brownies:

  1. Bahagikan adunan brownies kepada dua bahagian yang sama banyak.
  2. Tuangkan satu bahagian adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.
  3. Keluarkan kek batik yang sudah mengeras dari peti sejuk. Letakkan di atas lapisan brownies tadi.
  4. Tuangkan baki adunan brownies di atas kek batik sehingga seluruh permukaannya tertutup.
  5. Ratakan perlahan-lahan supaya lapisan brownies menjadi kemas.
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 30 hingga 40 minit, bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan dan biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  8. Jika suka, boleh letakkan topping coklat cair, kekacang atau coklat rice. Kalau tak letak topping pun tak mengapa kerana permukaan brownies yang berkedutsudah cukup cantik.

Tip: Pastikan kek batik benar-benar sejuk dan mengeras sebelum diletakkan di atas adunan brownies. Ini akan memudahkan proses menyusun lapisan dan membantu kek batik kekal kemas apabila dibakar.

Kredit: Lily Rusdi

Baca juga: Resipi Kek Marble Gebu & Lembut, Corak Cantik Berbelang Macam Beli Di Kedai Kek

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

6 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

6 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

7 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

8 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

9 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

10 hours ago