Resipi kari dhal murungai

Resipi kari dhal murungai adalah hidangan yang penuh dengan rempah dan sangat beraroma. Menggabungkan udang segar, murunggai dan kacang dhal, kari ini sesuai untuk dinikmati bersama nasi putih panas atau roti

Jika anda nak tahu, murungai adalah nama lain bagi pokok kelor atau moringa yang juga dikenali sebagai drumstick tree dalam bahasa Inggeris kerana bentuk buahnya yang panjang dan tirus seperti dram.

Di Malaysia dan beberapa negara Asia Tenggara, ia lebih dikenali sebagai murungai atau kelor. Pokok ini terkenal bukan sahaja sebagai sayuran tetapi juga kerana khasiatnya untuk kesihatan.

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Kambing Masak Hitam, Resipi Sempoi Tapi Penuh Dengan Rasa Rempah!

RESIPI KARI DHAL MURUNGAI

Bahan-bahan utama:

  • 1/2 kilo udang
  • 10 batang murungai
  • 1 mangkuk kecil kacang dhal
  • 2 peket rempah kari Udang
  • 1 mangkuk santan cair 
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • 1 kiub ikan bilis

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan tumis:

  • 1 sudu teh halba campur
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering

Cara penyediaan:

1. Rendam kacang dhal selama beberapa jam untuk mempercepatkan proses melembutkan kacang. Setelah direndam, kacang dhal lebih mudah dimasak hingga empuk.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia bersama sedikit air sehingga hancur dan halus. Ini akan menjadikan kuah kari lebih pekat dan beraroma.

3. Campurkan bahan kisar tadi bersama rempah kari dan kacang dhal dalam periuk. Gaul sebati dan panaskan menggunakan api sederhana. Masak sehingga kacang dhal lembut sepenuhnya, sambil dikacau agar bahan tidak melekat pada dasar periuk. Jika kacang dhal masih belum empuk, tambahkan secawan air dan teruskan memasak.

4. Apabila kacang dhal sudah empuk, masukkan santan cair ke dalam periuk. Biarkan kari mendidih perlahan-lahan agar rasa santan dapat menyerap ke dalam kuah.

5. Setelah kuah mendidih, masukkan batang murungai, kiub ikan bilis, dan udang ke dalam kuah. Biarkan kari masak sehingga udang menjadi lembut dan kuah kari mula pekat. Perasakan kari dengan garam mengikut cita rasa.

Resipi kari dhal murungai

6. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, halba campur, cili kering dan daun kari hingga bawang menjadi sedikit garing dan naik bau.

7.  Setelah bahan tumisan garing dan berbau wangi, tuangkan ke dalam periuk kari yang sedang dimasak tadi. Tutup periuk supaya aroma wangi tumisan meresap ke dalam kuah kari.

8. Kari dhal murungai kini sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Nasi Goreng Udang Kahwin, Resipi Lain Dari Yang Lain Ini Memang Patut Cuba, Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN