Kacang kuda sambal salah satu kudapan yang sedap dimakan sambil menonton televisyen. Rasanya yang manis, masin dan pedas pasti membuatkan kita tak sedar dah nak habis sebekas.
Asyik beli je, tidak ada salahnya kalau kita belajar kacang kuda ni. Kadang-kadang, kacang yang kita beli di kedai rasa dia kurang ‘umphh’. Jadi apa kata jom kita cuba buat sendiri di rumah. Tak susah mana pun cara membuatnya.
Kalau buat sendiri juga, kita boleh ubah suai rasa manis, masin dan pedas mengikut kesesuaian tekak masing-masing. Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa di bawah.
Baca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!
1. Rendam kacang kuda selama 6 jam atau semalaman. Rendam bersama serbuk kunyit atau pewarna kuning.
2. Bila dah siap rendam, toskan air. Kemudian, rebus kacang bersama garam dan gula sehingga empuk.
3. Untuk membuat sambalnya pula, tumis semua bahan-bahan bertanda (**).
4. Tambah garam dan gula.
5. Kemudian masukkan kacang kuda. Gaul kesemuanya sehingga sambal kering.
6. Siap, selamat mencuba!
Kredit: Tuan Adriana Arissa
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…