ikan siakap tiga rasa

Cara memasak ikan siakap tiga rasa yang dikongsikan oleh Puan Marsitah Ibrahim ini antara resipi yang paling mudah untuk dicuba. Walaupun nampak macam menu restoran, sebenarnya versi ini sangat mudah untuk buat di rumah menggunakan bahan asas yang ringkas sahaja.

Menariknya, resipi ini juga sesuai untuk menarik selera anak-anak. Bila ikan digoreng rangup dan disalut kuah yang pedas manis, biasanya anak yang tak minat makan ikan pun boleh makan sampai bertambah-tambah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resipi Kari Ikan Mamak Pekat, Guna Teknik Tumisan Ini Baru Cepat Pecah Minyak & Lebih Wangi!

RESIPI IKAN SIAKAP TIGA RASA PALING SIMPLE

ikan siakap tiga rasa

Bahan kisar:

  • 1 genggam cili kering (direbus dahulu)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia

Bahan lain:

  • 1 ekor ikan siakap
  • Garam, kunyit dan sedikit tepung jagung (untuk salut ikan)
  • 1 batang serai (dititik/ketuk)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong 8, jika suka)
  • Sedikit daun sup (hiasan)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Gaulkan ikan siakap dengan garam, kunyit dan sedikit tepung jagung.
  3. Goreng ikan hingga garing dan keemasan. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak.
  5. Masukkan bahan kisar bersama serai yang telah diketuk.
  6. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
  7. Masukkan sos cili dan kacau rata supaya sebati.
  8. Tambahkan bawang besar hiris dan tomato.
  9. Kacau sekejap sahaja supaya bawang masih segar dan tidak terlalu layu.
  10. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  11. Bila kuah dah sebati, tuang ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  12. Taburkan daun sup sebagai hiasan untuk nampak lebih menarik.

Sumber: Marsitah Ibrahim

Baca juga: Lauk Simple Tapi Rasa Padu, Resipi Ikan Berlado Ini Buat Orang Tersenyum Waktu Makan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN