ikan siakap stim limau

Menu Ikan Siakap Stim Limau ini sangat sedap! Kombinasi rasa pedas, masam dan masin memang sekata dan sempurna.  Siapa yang gemarkan lauk pauk yang banyak kuah, anda boleh lebihkan kuantiti air.

Caranya sangat mudah dan sebijik sama macam kita makan di restoran Thailand. Nak ratah pun puas hati sebab masak sendiri. Jom cuba resipi perkongsian oleh Oren Misaki di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai, Guna Bahan Mudah Tapi Rasa Macam ‘Kayangan’

CARA BUAT IKAN SIAKAP STIM LIMAU

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap
  • Garam
  • Jus limau
  • Halia
  • Serai
  • Batang daun ketumbar

Bahan-bahan sos:

  • Bawang putih – cincang halus
  • Halia sedikit
  • Cili padi – cincang halus
  • Cili besar – hiris (optional sbb cili padi guna cket je.. x pedas sgt)
  • Serai – hiris dalam 2 batang
  • Air setengah cawan
  • Jus limau nipis suku cawan
  • Kiub ayam- half kiub je
  • Gula melaka – lebih kursang besar 2 ibu jari
  • Garam (optional)
  • Sos ikan – sesudu kecik
  • Tepung jagung cket – bancuh dengan air
  • Daun ketumbar – lagi banyak lagi sedap

Cara memasak:

1. Lumurkan garam dan jus limau pada ikan siakap. Letakkan halia, serai dan batang daun ketumbar dalam perut ikan yang sudah dibelah. Kukus sekejap dalam 10 hingga 15 minit bergantung pada saiz ikan.

2. Sambil tunggu ikan siap dikukus, jom kita buat sos pula.

3. Mula-mula tumis bawang putih, halia, serai dan cili sehingga naik bau. Masukkan air dan jus limau.

4. Tunggu sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam, gula melaka, garam dan sos ikan. Tambah kuantiti bahan tertentu mengikut citarasa masing-masing.

5. Akhir sekali masukkan air tepung jagung, kacau sehingga sedikit pekat. (jangan terlalu pekat)

6. Matikan api. Masukkan daun ketumbar. (lagi banyak lagi sedap!)

7. Siram atas ikan yang dikukus tadi. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Oren Misaki

Baca juga: Cara Buat Ikan Pekasam Sungai Guna 3 Bahan, Tak Perlu Perap Dalam Peti Ais

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN