ikan siakap bakar

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Rozmaliza Omar ada berkongsikan Resipi Ikan Siakap Bakar Ala Kuala Perlis. Menurutnya, pertama kali makan siakap bakar style macam ni di Perlis. Rasanya juga boleh tahan sedap, lagi-lagi bila cicah air asam dan sambal kicap.

Kalau ada ikan siakap kat dapur dan tak tahu nak masak apa, boleh cuba resipi ini okay! Bosan juga asyik masak ikan siakap 3 rasa atau ikan siakap masam manis kan.

Baca juga: ‘First Time’ Makan Sedap Sangat, Wanita Kongsi Resipi Ikan Siakap Masak Asam Jawa Ala Thai

CARA BUAT IKAN SIAKAP BAKAR ALA KUALA PERLIS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap/ apa² ikan yang suka
  • 3 sdb majerin/ butter
  • 4 sdb susu pekat manis
  • 1/2 cawan santan pekat KARA
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam

Cara-cara:

  1. Masak semua bahan-bahan diatas kecuali ikan dengan api perlahan hingga agak pekat sedikit.
  2. Rasakan manis-manis lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api. Ketepikan.
  3. Ikan dicuci bersih. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
  4. Bakar ikan dengan menggunakan api sederhana. Bila dah siap bakar, sapukan kuahnya atas ikan sambil-sambil dibakar lagi. Bila dah nampak bersalut elok boleh diangkat.
  5. Hidangkan dengan sambal kicap atau air assam kerisik.

    ikan siakap bakar

Cubalah buat, pasti suami akan makan menambah-menambah!

Kredit: Rozmaliza Omar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN