cheesecake istanbul

Apabila bercuti ke Turki, ramai yang takkan lepaskan peluang keemasan untuk mencuba Cheesecake Istanbul di sana kerana bukan senang nak jumpa kek ini di Malaysia.

Jika di Istanbul, nama kek ini adalah San Sebastian Cheesecake yang dikenali juga sebagai burnt cheesecake. Lebih kurang sama, cuma tekstur krimnya agak berbeza.

Kami terjumpa perkongsian video menarik di TikTok oleh tokdaddy_choccake yang menunjukkan cara buat kek viral Cheesecake Istanbul yang sangat mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

RESIPI CHEESECAKE ISTANBUL

cheesecake istanbul

Kredit Gambar: Kezia Lynn dari pexels

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, hancurkan cream cheese dalam mangkuk terlebih dahulu dan masukkan gula pasir sedikit demi sedikit sambil sebatikan.

2. Selepas itu, masukkan telur satu demi satu sambil sebatikan dengan adunan.

3. Masukkan tepung jagung dan whipping cream sedikit demi sedikit, kemudian sebatikan (adunan memang agak cair).

4. Setelah itu, griskan loyang dengan sedikit butter atau marjerin (saya guna saiz loyang 24″ x 8″).

5. Gunting baking paper (pastikan lebih besar dari loyang, terlebih saiz pun tak apa) dan renyukkan, kemudian lapikkan dalam loyang dan griskan lagi.

6. Seterusnya, gunting baking paper yang lain (sama juga, pastikan lebih besar dari loyang) dan lapikkan lagi atas baking paper sebelumnya (buat dua lapik).

7. Kemudian, masukkan adunan dan penuhkan sama rata dengan permukaan loyang.

8. Selanjutnya, bakar dengan menggunakan suhu 180ºC atau 200ºC selama 50 minit.

9. Setelah siap dibakar, sejukkan pada suhu bilik dahulu dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam.

10. Akhir sekali, potong kek dan letak atas piring secara menyerong, kemudian letakkan sos coklat di atasnya. Siap untuk dinikmati!

cheesecake istanbul

Kredit Gambar: Facebook Anja Sniehotta-Dolay

Keistimewaan Cheesecake Istanbul yang menjadi viral di Malaysia adalah kerana ia tak muak dimakan walaupun penuh dengan cheese.

Teksturnya yang lembut berkrim, ditambah pula dengan sos coklat pekat menambahkan lagi kelazatannya. Senang cerita, orang yang tak suka kek cheese pun boleh terpikat tau.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: Kezia Lynn dari pexels, Facebook Anja Sniehotta-Dolay

Sumber: tokdaddy_choccake

Baca juga: Burnt Cheesecake Air Fryer Anti Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN