ikan rebus goreng

Menu ikan rebus goreng ini memang sangat mengugat iman. Jarang orang makan tak menambah sebab sedap amat!

Orang Kelantan biasanya cicah ikan rebus goreng dengan budu. Yang tak biasa makan, nanti bolehlah cuba.

Walaupun menu ini nampak ringkas, tapi ada rahsianya kalau nak sedapkan lagi ikan rebus goreng ini. Jom baca perkongsian resipi oleh Cikgu Afy Al Habibi di bawah.

Cara Buat Ikan Rebus Goreng Yang Padu

Bahan-bahan:

  • 10 ekor ikan selayang/sardin (siang & cuci)
  • 1 sudu besar garam bukit
  • 1 senduk cuka
  • 2 keping asam keping
  • Gula melaka
  • Halia
  • Lengkuas
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Susun ikan dalam periuk dan taburkan 1 sudu besar garam bukit.

Tips: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)

Tips: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.

2. Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.

3. Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.

ikan rebus goreng

4. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.

5. Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.

ikan rebus goreng

6. Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.

ikan rebus goreng

7. Sedia untuk dihidang!

8. Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.

Selamat mencuba!

Kredit: Afy AL Habibi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN