Seperti yang kita tahu, kulit telur ni banyak khasiatnya. Sebelum ni kita selalu dengar pasal osmocotekan.

Sekarang, baja kulit telur pon sangat baik untuk tanaman. Sesuai untuk wanita-wanita yang suka bercucuk-tanam ni.

Antara kebaikan kulit telur:

  • Kulit telur kaya dengan kalsium yang berubah menjadi kalsium karbonat dan berfungsi meningkatkan pertumbuhan tanaman.
  • Kalsium penting untuk membina ‘tulang’ yang sihat pada dinding sel tumbuhan.
  • Kajian menunjukkan bahawa kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah dan menjadikannya medium yang baik untuk pertumbuhan optimum bagi tanaman.
  • Kalsium tambahan dapat membantu mencegah blossom-end rot
  • Baja kulit telur sangat sesuai untuk tanaman kerana ia adalah salah satu bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan berbahaya kepada alam sekitar seperti sesetengah baja kimia.

Cara-cara membuat baja menggunakan kulit telur:

  1. Kulit telur dikeringkan.Baja Kulit Telur
  2. Hancurkan. Boleh pecah-pecah guna tangan. Tak sakit pun.Baja Kulit Telur
  3. Sangai sampai kekuningan.Baja Kulit Telur
  4. Tumbuk sampai hancur boleh juga guna blender. Lisha suka tumbuk guna batu tumbuk ala-ala perempuan melayu terakhir.Baja Kulit Telur
  5. Final result. Nak hancur lagi pun takde masalah kalau blend lagi halus. Mana-mana you all senang dan selesa.
  6. Tabur atas medium atau gaul dalam medium pon boleh.Baja Kulit Telur
  7. Ini contoh diblend ye.Baja Kulit Telur

Kredit : Dalisha Xavier

Baca juga:

Tips Hilangkan Periuk Hangit & Berkerak. Guna 2 Bahan Je, Periuk Kembali Berkilat!

Cara Cuci Brokoli Dengan Betul, Rupanya Penuh Dengan Ulat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending