Ikan pari biasanya kita masak asam pedas kan? Kali ini jom cuba ikan pari masak lada pula. Menu yang tidak asing lagi dalam kalangan orang Melaka.
Menurut empunya resipi, Naros Najib memberitahu masakan ini merupakan lauk orang Melaka yang ramai tidak mengetahui tentangnya.
Rupanya seakan sama dengan asam pedas, yang membezakannya adalah ia sedikit berempah. Nak tahu cara memasaknya? Jom lihat resipi lengkap di bawah.
1. Cuci bersih ikan pari. Perapkan sekejap dengan asam jawa dan air limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Kalau nak kisar pun boleh saja. Serai tu jangan dikisar. Cukup sekadar titik untuk keluarkan aromanya. Daun limau purut pula siat-siatkan. Buang batang tengahnya.
3. Mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk halus. Masukkan juga serai yang dititik.
4. Kacau kesemuanya sehingga naik bau dan hampir garing.
5. Apabila bahan tumisan sudah agak garing, masukkan rempah yang telah disangai dan dikisar halus.
6. Kacau bahan-bahan tumisan hingga garing. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau.
7. Apabila cili kisar hampir garing, masukkan daun limau purut. Kacau lagi.
8. Setelah cili cukup garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Kacau hingga semua sebati.
9. Apabila kuah telah mendidih, masukkan ikan satu persatu. Kacau lagi.
10. Tunggu sehingga kuah mendidih sekali lagi. Dari semasa ke semasa, kacau kuah perlahan-perlahan. Nampak macam lauk asam pedas kan.
11. Setelah kuah mendidih sekali lagi, masukkan kerisik dan kacau.
Sebenarnya resipi original masak lada ni tak guna kerisik. Sebaliknya guna kelapa bakar. Kepingan kelapa tua dibakar, kikis dan diparut atau dihiris halus. Kemudian tumbuk halus jadi tekstur macam kerisik. Kemudian campur ke dalam kuah. Rasanya lagi sedap dan wangi.
Gantikan dengan kerisik untuk memudahkan. Sekarang ni susah nak dapat kelapa. Lagipun, rasanya tak jauh berbeza.
12. Apabila kerisik dah mesra dalam kuah, masukkan garam dan bahan perisa (jika suka). Kacau lagi.
13. Akhir sekali, masukkan bendi. Kalau tak ada bendi, boleh juga masukkan terung. Biarkan selama kira-kira 2-3 minit.
14. Sebelum tutup api, rasa kuah, cukup tak rasa garam, masam, rempah dan pedasnya. Kesemua rasa tu kena seimbang. Baru sedap.
15. Dah siap, selamat mencuba!
Kredit: Naros Naib
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…