Ada yang berani nak mencuba resipi Aiskrim Petai? Pelik tapi benar, tapi wanita ini kreatif menghasilkan pencuci mulut yang tidak pernah dibuat orang.
Kebiasaannya, jika hendak membuat aiskrim, perisa coklat atau vanila yang selalu menjadi pilihan utama, namun lain pula perkongsian dari @zamaiskrim ini yang unik dan nampak ‘rare’ ini.
Baca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!
Pastinya menu aiskrim ini buatkan para peminatnya tak senang duduk. Bayangkan ulam yang sering dinikmati bersama nasi panas kini hadir dalam menu sejuk iaitu aiskrim.
Jom kita lihar resipi unik ini di bawah.
Bahan-bahan:
Cara-caranya:
1. Masukkan air 300 ml dan masukkan 2 sudu tepung jagung ke dalam kuali atau periuk.
2. Buka api, kacau dan masak hingga jernih. Masukkan susu 300 ml, 60 gram gula, 1/2 sudu pewarna hijau. Kacau semua hingga sebati.
3. Ambil 10 biji petai dan blend bersama campuran yang dimasak tadi.
4. Selepas blend, masukkan ke dalam bekas, lalu masukkan ke dalam freezer selama 5 jam. Keluarkan dan hancurkan aiskrim, masukkan ovellete 1 sudu.
5. Kacau aiskrim dengan ovellete sampai kembang. Setelah kembang bekukan selama 5 jam.
6. Keluarkan aiskrim dan cedok. Aiskrim sedia untuk dinikmati!
@zamaiskrim Jom kita buat Aiskrim Petai hari ni😍 #aiskrim #carabuataiskrim #aiskrimviral #aiskrimmalaysia
Penggemar petai, ada yang berani nak mencuba resipi aiskrim yang unik ini?
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…