Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resipi Ikan Aya Hitam Masak Asam ‘Cara Arwah Emak’, Sedap Tak Toleh Kiri Kanan!

Ikan aya hitam masak asam antara lauk kampung yang wajib cuba. Memang terus terbayang makan dengan nasi panas-panas sampai tak sedar bertambah dua tiga kali. Lauk macam ini bukan orang makan sampai tak toleh kiri kanan!

Ada hari bila sibuk bekerja, kadang kita memang perlukan menu yang tak renyah tapi tetap padu. Ikan aya masak asam ini antara pilihan terbaik sebab bahan mudah, cara masak pun tak rumit. Bau tumisan dia saja dah cukup buat satu rumah rasa lapar.

Menariknya, resipi ini juga sering jadi lauk kegemaran waktu makan tengah hari atau makan malam santai bersama keluarga. Kuah masam pedas dia memang “kena” dengan selera orang Malaysia, lebih-lebih lagi bila dimakan dengan nasi putih panas dan sambal belacan sekali.

Baca juga: Resipi Tomyam Ikan Siakap Padu, Kuah Masam Pedas Menyengat & Pasti Membuka Selera!

RESIPI IKAN AYA HITAM MASAK ASAM

Bahan-bahan:

  • 4 keping ikan aya hitam (lumur garam & kunyit, kemudian digoreng)
  • 2 labu bawang besar merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 5 sudu besar cili kisar (ikut tahap pedas masing-masing)
  • Secubit belacan (optional)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 labu bawang besar kuning (hiris kasar)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit nissang/gula melaka
  • Cukup rasa (optional)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih yang diketuk sampai naik bau.
  2. Masukkan bawang merah kisar dan masak hingga wangi serta sedikit pecah minyak.
  3. Tambahkan cili kisar dan kacau hingga benar-benar naik minyak.
  4. Masukkan nissang/gula melaka dan belacan (jika guna), kacau rata.
  5. Tuang sedikit air dan teruskan memasak sehingga kuah mula pecah minyak.
  6. Ulang tambah air sedikit demi sedikit (lebih kurang 3 kali) sambil kacau supaya kuah cantik dan tidak terlalu pekat.
  7. Masukkan air asam jawa dan sedikit air lagi mengikut kepekatan yang diingini.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit “Cukup Rasa” jika suka.
  9. Akhir sekali, masukkan bawang hiris dan cili merah. Kacau sekejap lebih kurang seminit.
  10. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal ‘Melimpah’, Makan Dengan Nasi Panas Memang Ngam

Wan N

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

11 mins ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 hour ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 hours ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

5 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

5 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago