Resipi gulai ikan temenung ini memang ngam kalau makan dengan nasi putih panas-panas. Rasa kari yang pekat, pedas, dan masam-manis dari asam jawa memang buat selera terbuka. Simple je kan?
Ada sesetengah yang lebih familiar gulai ini berkuah warna kuning namun kalau di Utara, gulai ini sama sahaja seperti kari. Selain itu, wajib guna jenis ikan temenung, kalau ikan lain mesti juadah ini tak akan menjadi.
Tambahan pula, langkah penyediaan juga tidak begitu rumit. Memang lauk yang sangat sesuai untuk buat makan tengahari.
Apa lagi, jomlah cuba!
Baca lagi: Nasi Daging Kurma, Sesuai Untuk Anak Yang Suka Nasi Berperisa
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan bertanda # (bawang, halba campur, daun kari) hingga garing dan naik bau harum.
2. Sementara tu, campurkan serbuk kari dengan sedikit air untuk jadikan pes, kemudian gaulkan sekali dengan bahan bertanda * (bawang dan bawang putih yang ditumbuk).
3. Bila bahan tumis dah garing elok, masukkan pes rempah kari tadi dan kacau rata. Masak hingga keluar minyak atau “pecah minyak.” Ini penting untuk pastikan rempah betul-betul masak.
4. Bila rempah dah pecah minyak, masukkan santan, air, garam, dan pes asam jawa. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih. Bila kuah dah mendidih, kecilkan api dan kacau seketika sampai nampak minyak naik ke permukaan.
5. Masukkan ikan temenung dan bendi, biarkan mendidih lagi sekali. Lepas tu, masukkan tomato dan cili merah.
6. Masak sekejap hingga tomato layu sikit, lebih kurang seminit, kemudian tutup api.
7. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Khairul Abdullah
Baca lagi: Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa, Anak Pun Teruja Nak Makan
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…