Categories: Resipi

Resipi Acar Pisang, Lauk Kampung ‘Rare’, Kena Guna Pisang Jenis Ini

Kalau anda suka kelainan dalam masakan berasaskan pisang, bolehlah mencuba resipi acar pisang. Juadah ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas-panas.

Kombinasi rasa pedas dari cili, masam dari cuka, manis dari gula, serta lemak santan dan pisang akan membuka selera. Tambahan pula, taburan hirisan bawang besar pada langkah akhir akan menaikkan rasa serta aroma acar pisang ini.

Jom kita cuba resipi perkongsian oleh Cik Puan HasnieZa Nor menerusi laman sosial Facebook.

Baca lagi: Tular Video Peniaga Basuh Kuali Roti Canai Guna Air Longkang, Kembang Tekak Dibuatnya!

RESIPI ACAR PISANG

Bahan-bahan:

  • Pisang Benggala (dikupas sedikit kulitnya dan dikelar, kemudian direndam dengan air garam dan dicelur sebentar)
  • 1 kotak santan
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 atau 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 hingga 7 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 6 sudu besar cuka
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air (untuk kuah, jangan terlalu banyak)

Cara-cara:

1.  Kupas kulit pisang benggala sedikit dan kelar bahagian buahnya.

2. Selepas itu, rendam dalam air garam selama beberapa minit. Celur atau rebus pisang tersebut sekejap sahaja supaya ia lembut tetapi tidak terlalu lembik. Ketepikan.

3. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga halus.

4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau dan wangi.

5. Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis lama sedikit untuk pastikan cili masak sepenuhnya dan menghasilkan rasa yang lebih sedap.

6. Tambah gula, garam, dan cuka secukup rasa. Pastikan tumisan ini pecah minyak, iaitu minyak kelihatan di permukaan cili.

7. Setelah tumisan cili sudah pecah minyak, masukkan pisang yang telah dicelur tadi ke dalam kuali. Tambahkan sedikit air, tetapi jangan terlalu banyak agar kuah tidak terlalu cair.

8. Kacau sehingga sebati dan biarkan kuah mendidih. Pada tahap ini, kuah acar akan kelihatan lebih pekat dan beraroma lemak dari santan.

9. Masukkan hirisan bawang besar ke dalam acar dan kacau sekejap sehingga semua bahan menyatu dan kuah mendidih dengan baik. Matikan api.

Selamat mencuba!

Sumber: HasnieZa Nor

Baca lagi: Cara Buat Pancake Pisang Mudah Guna Sukatan Sudu, Tak Perlu Timbang!

Aisha Qistina

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

1 day ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

1 day ago