Categories: Resipi

Resipi Gulai Daging Batang Pisang, Lauk Kampung ‘Legend’ Yang Tak Pernah Mengecewakan

Gulai daging batang pisang antara menu yang susah nak jumpa di kedai, sebab biasanya dimasak sendiri di rumah. Lauk kampung ini memang penuh rasa dan aroma rempah yang wangi satu rumah.

Batang pisang atau umbut pisang sebenarnya memang sedap dibuat gulai sebab teksturnya lembut dan mudah serap kuah. Bila dimasak sekali dengan daging empuk dan santan pekat, memang jadi kombinasi yang cukup menyelerakan. Kuah dia pula lemak, berempah dan ada rasa masam-masam sikit daripada asam keping yang buat lagi padu.

Menariknya resipi ni tak terlalu susah pun nak buat. Yang penting kena sabar tunggu daging empuk dan rempah betul-betul pecah minyak. Bila semua bahan dah sebati, memang boleh bertambah nasi dibuatnya. Kalau ada sambal belacan sekali, memang lengkap terus hidangan kampung yang ringkas tapi puas hati.

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Paling ‘Power’, Lengkap Dengan Daging Kerutuk, Acar Rampai & Ayam Goreng Rangup!

RESIPI GULAI DAGING BATANG PISANG

Bahan-bahan:

  • 2kg daging
  • 1 batang umbut pisang / batang pisang (dipotong)
  • 1kg santan segar
  • 3-4 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih secukupnya
  • Halia secukupnya
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 6-7 tangkai daun kari
  • 4 sekawan

Bahan lain:

  • 1 paket rempah kari 250g
  • 5-6 sudu kerisik
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kari dan 4 sekawan hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air bersama kerisik. Kacau hingga sebati dan masak sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan gaul rata. Biarkan sehingga daging mengeluarkan air sendiri.
  4. Tambahkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk. Anggaran lebih kurang 45 minit bergantung pada jenis daging.
  5. Bila daging dah lembut, masukkan batang pisang yang sudah dipotong. Biarkan masak sekitar 5 hingga 10 minit.
  6. Selepas itu, masukkan santan segar dan kacau perlahan supaya kuah tak pecah minyak terlalu cepat.
  7. Tambahkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Garam dimasukkan di akhir supaya daging cepat empuk dan tidak keras.
  9. Bila kuah dah cantik pekat dan sebati, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Sumber: Sharifah Masturah

Baca juga: Resipi Daging Belengas Yang ‘Juicy’ & Lembut Elok, Sedapnya Menjilat Jari!

Wan N

Recent Posts

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

14 hours ago

Cara Rebus Kupang Tanpa Air & Garam, Letak 3 Bahan Ini Kalau Nak Lagi Harum.. Sedapnya Ratah!

Cara rebus kupang sebenarnya mudah dan tak memerlukan banyak bahan. Tak perlu tambah air atau…

14 hours ago

Resipi Kek Marble Kopi Yang Buat Harum Satu Rumah, Tak Sabar Nak Potong Bila Dah Siap Bakar!

Kek marble kopi antara pilihan menarik untuk hidangan minum petang. Gabungan adunan kek biasa dengan…

15 hours ago

Cara Masak Kari Sotong Tanpa Santan, Kuah Pekat Berempah Tetap Menjadi Dan Menyelerakan!

Resipi kari sotong tanpa santan ini sesuai untuk sesiapa yang ingin mencuba kelainan selain masak…

16 hours ago

Resipi Sambal Jawa Sedap & Padu, Menu Kegemaran Sepanjang Zaman Yang Tak Pernah Mengecewakan!

Resipi sambal jawa sedap ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

16 hours ago

Resipi Rendang Daging Tetel Pekat & Isi Lembut, Lagi Lama Direneh Lagi Sebati Rasanya!

Rendang daging tetel antara hidangan yang digemari ramai kerana teksturnya yang lembut, berlemak dan kaya…

16 hours ago