
Gulai daging batang pisang antara menu yang susah nak jumpa di kedai, sebab biasanya dimasak sendiri di rumah. Lauk kampung ini memang penuh rasa dan aroma rempah yang wangi satu rumah.
Batang pisang atau umbut pisang sebenarnya memang sedap dibuat gulai sebab teksturnya lembut dan mudah serap kuah. Bila dimasak sekali dengan daging empuk dan santan pekat, memang jadi kombinasi yang cukup menyelerakan. Kuah dia pula lemak, berempah dan ada rasa masam-masam sikit daripada asam keping yang buat lagi padu.
Menariknya resipi ni tak terlalu susah pun nak buat. Yang penting kena sabar tunggu daging empuk dan rempah betul-betul pecah minyak. Bila semua bahan dah sebati, memang boleh bertambah nasi dibuatnya. Kalau ada sambal belacan sekali, memang lengkap terus hidangan kampung yang ringkas tapi puas hati.
RESIPI GULAI DAGING BATANG PISANG

Bahan-bahan:
- 2kg daging
- 1 batang umbut pisang / batang pisang (dipotong)
- 1kg santan segar
- 3-4 keping asam keping
- Garam secukup rasa
Bahan tumis:
- 5 biji bawang merah (dihiris)
- Bawang putih secukupnya
- Halia secukupnya
- 1 batang serai (diketuk)
- 6-7 tangkai daun kari
- 4 sekawan
Bahan lain:
- 1 paket rempah kari 250g
- 5-6 sudu kerisik
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kari dan 4 sekawan hingga naik bau dan garing.
- Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air bersama kerisik. Kacau hingga sebati dan masak sampai pecah minyak.
- Masukkan daging dan gaul rata. Biarkan sehingga daging mengeluarkan air sendiri.
- Tambahkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk. Anggaran lebih kurang 45 minit bergantung pada jenis daging.
- Bila daging dah lembut, masukkan batang pisang yang sudah dipotong. Biarkan masak sekitar 5 hingga 10 minit.
- Selepas itu, masukkan santan segar dan kacau perlahan supaya kuah tak pecah minyak terlalu cepat.
- Tambahkan asam keping dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Garam dimasukkan di akhir supaya daging cepat empuk dan tidak keras.
- Bila kuah dah cantik pekat dan sebati, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Sumber: Sharifah Masturah
Baca juga: Resipi Daging Belengas Yang ‘Juicy’ & Lembut Elok, Sedapnya Menjilat Jari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














