resepi daging goreng belengas

Kalau ada daging dalam peti ais tapi tak tahu nak masak apa, apa kata jom cuba resepi daging goreng belengas yang ringkas dan mudah disediakan ini.

Resipi ini mudah diikuti, lebih lagi buat anda yang baru belajar memasak kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya. Jom cuba!

Baca juga: Masak Lemak Daging Salai Negeri Sembilan, Resipi Asli Kuah Pekat & Pedas Menyengat!

RESEPI DAGING GORENG BELENGAS

resepi daging goreng belengas

Bahan-bahan:

  • Daging (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit (optional)
  • Air sedikit
  • Minyak untuk menumis
  • Cili api

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus daging dengan sedikit air (untuk lembutkan daging).
  2. Bila air hampir kering, tuangkan sedikit minyak.
  3. Kemudian masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu.
  5. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak supaya rasa lebih padu.
  6. Masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gaul sebati.
  7. Masak sampai kuah jadi sedikit pekat dan daging betul-betul lembut.
  8. Akhir sekali, letakkan cili padi kalau suka pedas. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar asli dari: MyResipi

Baca juga: Resepi Mee Jawa Daging Simple Tapi Sedap, Kuah Pekat & Berempah Penuh Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN