Categories: Resipi

Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang

Dah lama cari resipi donut 1 cawan tepung? Meh follow resipi ini.

Bila teringin nak makan donut, malas pula nak keluar beli. Kalau buat sendiri, risau terbuat banyak sangat nanti tak habis makan.

Haa apa susah, ikut saja cara buat donut perkongsian dari Khairunnisa Mohammad ini. Sesuai untuk 2 orang makan.

Baca juga: Cara Buat Donut Susu Tanpa Telur ‘Viral’, Tapi Tetap Lembut & Gebu

Cara Buat Donut 1 Cawan Tepung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil yis (sudu KFC)
  • ½ sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • ¼ cawan air suam
  • ½ sudu besar marjerin

Cara-cara:

1. Campur semua bahan kecuali marjerin. Gaul dan uli sekejap.

2. Kemudian baru masukkan marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas dah siap perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. Bentukkan bulat dan penyekkan. Buat lubang di tengah.

5. Perap lagi 30 minit. Kemudian sedia untuk digoreng.

6. Bila dah siap goreng, boleh salut dengan gula atau susu.

Kredit: Khairunnisa Mohammad

Nasiha

Recent Posts

Resipi Lengkap Nasi Khomok Ayam Goreng Viral Seperti Di Hatyai, Cuba Buat Pasti Jadi!

Sekarang ini tengah trend orang Malaysia melancong ke Hatyai, Thailand untuk merasa nasi khomok ayam goreng…

2 days ago

Resipi Kek Marble Red Velvet Yang Gebu & Kurang Manis, Mak-Mak Mesti Suka!

Kek marble merupakan salah satu kek yang cukup popular dalam kalangan ibu-ibu kerana bukan saja cantik,…

2 days ago

Ayam Masak Kurma Simple, Resipi Ini Budak Pun Boleh Menambah Nasi

Resepi ayam masak kurma simple ini bahan asasnya lebih kurang seperti anda memasak kari juga.…

2 days ago

Resipi Mi Goreng Basah ‘Belemuih’, Dah Kenyang Pun Rasa Nak Makan Lagi

Sedap juga kalau dapat makan mee goreng basah macam dekat kedai. Jangan risau kalau tak…

2 days ago

JUICE Malaysia Kini Dalam Bahasa Melayu dengan Bahagian Baharu #IkatTepi

Portal budaya pop dan hiburan Malaysia, JUICE Malaysia, kini memperkenalkan segmen baharu dalam Bahasa Melayu…

2 days ago

Resipi Sambal Daging Bersantan, Belum Siap Masak Dah Tak Sabar Nak Makan!

Entri hari ini merupakan resipi yang kaya dengan rasa pedas, masam serta lemak santan iaitu…

2 days ago