Categories: Resipi

Resipi Daging Kicap Pedas Ini ‘Confirm’ Buat Orang Berselera, Masak Sekuali Pun Belum Tentu Cukup

Resipi daging masak kicap pedas merupakan antara lauk yang cukup popular dalam hidangan harian masyarakat Malaysia. Gabungan daging yang empuk bersama kuah kicap yang pekat, rasa manis, pedas dan sedikit masam menjadikan lauk ini memang sesuai dinikmati bersama nasi putih panas.

Bagi yang suka lauk ringkas tetapi penuh rasa, daging masak kicap pedas ini boleh jadi pilihan terbaik untuk dimasak di rumah. Walaupun menggunakan bahan yang mudah didapati, hasil akhirnya tetap menyelerakan dengan aroma bawang, halia dan serai yang naik membuka selera.

Rahsia keenakan resipi ini terletak pada daging yang direbus sehingga empuk sebelum dimasak bersama bahan tumisan. Ditambah pula dengan hirisan cili padi dan lada besar, kuah kicapnya memberikan rasa pedas yang cukup seimbang dan membuatkan hidangan ini lebih istimewa.

Baca juga: Resepi Mi Kuah Daging Pekat Dan Padu, Rahsia Sedap ‘Yakmat’ Kena Guna Air Rebusan Daging

RESIPI DAGING MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

  • Daging (siap direbus dan dipotong ikut kesesuaian)
  • Serai (diketuk)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Cili padi merah dan hijau
  • Asam keping atau asam jawa
  • Sos tiram secukupnya
  • Kicap manis secukupnya
  • Kicap pekat (pilihan, untuk warna lebih gelap)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Cili padi atau lada besar merah dan hijau (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis serai bersama bahan kisar iaitu bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau serta pecah minyak.
  2. Masukkan cili padi merah dan hijau yang telah dikisar atau ditumbuk. Tumis seketika sehingga sambal menjadi lebih wangi.
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan gaul rata bersama bahan tumisan supaya segala rasa meresap ke dalam daging.
  4. Tambahkan sos tiram, kicap manis dan sedikit kicap pekat jika mahu kuah berwarna lebih gelap. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan.
  6. Masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa untuk memberikan rasa masam yang menyegarkan.
  7. Biarkan daging masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan meresap.
  8. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland serta cili padi atau lada besar merah dan hijau. Kacau sekejap dan tutup api.
  9. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas, nasi minyak atau nasi berperisa mengikut citarasa.

Sumber: Angah Aisyah

Baca juga: Resipi Nasi Daging Utara Paling Senang, Confirm Jadi & Sesuai Untuk Hidangan Satu Keluarga

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago