Resipi daging enoki roll ini sempurna untuk dinikmati sebagai makan malam yang lazat tanpa perlu menggunakan nasi. Dengan gabungan rasa daging lembut, cendawan enoki rangup dan sos yang menyelerakan.
Resipi ini sangat sesuai untuk sesiapa saja yang mencari hidangan ringkas tapi sedap. Hidangan ini juga boleh disiapkan dalam masa 30 minit sahaja.
Jom cuba cara penyediaannya!
Baca lagi: Sambal Sotong Cumi Kering, Punyalah Sedap Sampai Adik Suruh ‘Repeat’ Lagi
RESIPI DAGING ENOKI ROLL
Bahan-Bahan:
- Beef shabu-shabu atau beef slice
- Cendawan enoki – Basuh bersih, buang akar, dan potong kecil.
- 1 senduk kecil air
- 3 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu kecil garlic powder (serbuk bawang putih)
- Garam atau gula (pilihan, jika ingin menyesuaikan rasa)
- Setengah labu bawang Holland – dihiris nipis.
- 2 biji telur – bancuh.
- Daun bawang dan serbuk cili (chilli flakes) – untuk hiasan.
Cara Penyediaan:
1. Ambil sekeping beef slice, hamparkan di atas dulang.
2. Letakkan sedikit cendawan enoki yang telah dibersihkan di atas daging.
3. Gulungkan cendawan dengan kemas menggunakan beef slice. Letakkan gulungan siap di tepi.
4. Dalam mangkuk, campurkan air, kicap manis, sos lada hitam, minyak bijan, dan garlic powder.
5. Jika suka rasa manis, tambah sedikit gula. Rasa dahulu untuk kesesuaian. Ketepikan sos.
6. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang Holland hingga layu.
7. Susun gulungan Enoki Beef Roll di dalam kuali dengan api kecil.
8. Tuangkan sos yang telah disediakan tadi ke atas gulungan daging.
9. Tutup kuali dan biarkan masak selama lebih kurang 10 minit.
10. Apabila daging hampir masak, tuangkan bancuhan telur di sekeliling gulungan.
11. Tutup semula kuali selama 2 minit sehingga telur masak.
12. Taburkan daun bawang dan serbuk cili di atas hidangan sebelum dihidangkan.
Tips Cepat dan Mudah:
- Jika tiada beef shabu-shabu, boleh gunakan beef slice lain yang nipis.
- Hidangan ini sangat sesuai dimakan begitu sahaja, tanpa perlu nasi atau lauk tambahan.
Sumber: Syalfarina Razali
Baca lagi: Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!